Utama

Terakhir Dikemaskini

 January 27, 2012, 10:05 pm 

Kalendar

Waktu Solat

Statistik Pengguna

Lawat Semalam: 11
Lawat Hari Ini: 2
Jumlah Lawat: 3055

Jam




Info Pusat Jalur Lebar Komuniti Jabi
Pusat Jalurlebar Komuniti (Community Broadband Centre) Pekan Jabi, Besut, Terengganu mengucapkan "Selamat Datang" dan "Terima Kasih"  kepada anda yang sudi melawat laman  portal komuniti kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat Jalurlebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
 
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PJK Pekan Jabi merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PJK diberikan tugas untuk mempaparkan satu laman web yang ber-indentitikan tempatan di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Di masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

    * e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
    * e-Pembelajaran (e-Learning)
    * Pengumpulan dan pertukaran maklumat
    * Pusat Komunikasi
    * Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
    * Pusat peperiksaan dan persijilan.

 


Waktu Operasi:

dibuka setiap hari kecuali cuti umum

Dari:

9.00 am - 6.00 pm  

 

 
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 09 September 2011 )
 
Maklumat Am

Lokasi

Image

Pekan Jabi adalah sebuah kampung yang terletak di dalam Daerah Besut. Daerah Besut merupakan salah satu daerah daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan. Luas Daerah Besut ialah 123,3678 hektar iaitu kira-kira 9.52% daripada keluasan Negeri Terengganu. Daerah Besut mempunyai anggaran penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 09 September 2011 )
Baca lagi...
 
Sejarah

SEJARAH PEKAN JABI

Sebelum ini Pekan Jabi hanyalah sebuah perkampungan biasa yang majoriti penduduknya adalah golongan petani dan peniaga sahaja. Namun kini, Kampung Jabi telah  berubah wajah dari sebuah kampung menjadi Pekan Jabi dek kerana pembangunan yang pesat dan kemudahan infrastrukturnya yang lengkap. Pekan Jabi tidak mempunyai sejarah bertulis mengenai asal usulnya dan yang ada hanyalah cerita rakyat.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 09 September 2011 )
Baca lagi...