Posted @withregram • @skmm_mcmc Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia memberi fokus kepada golongan pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih pada kos yang berpatutan dan mampu milik.
 
Melalui pelan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing dapat membantu para pelajar untuk memiliki peranti yang bersesuaian bagi menjalani aktiviti pembelajaran dalam talian dengan mudah selain melakukan aktiviti harian lain seperti melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.