KELAB IBU TUNGGAL DUN JABI 2017

 

Persatuan Ibu Tunggal bagi Dun Jabi , Besut adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 17 Februari 2017 dengan keahlian anggota seramai 15 orang. Kebanyakkan status ibu tunggal adalah bercerai mati. Pertubuhan ini dengan tujuan adalah seperti berikut :-

Matlamat

Menjadi kumpulan sokongan dalam menjaga kebajikan para ibu tunggal serta prihatin tentang kehidupan mereka.

Memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada ibu tunggal supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat.

Saling bantu membantu, memberi kerjasama dan berusaha untuk meningkat imej serta maruah ibu tunggal.

Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan social dan amal supaya ibu tunggal dan keluarga mereka dapat berinteraksi dan bertukar fikiran bagi mengeratkan hubungan sesame mereka.

Mengadakan kursus, kelas, bengkel dan seminar dalam pelbagai bidang yang boleh membantu para ibu tunggal mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka.

Menjalankan aktiviti ekonomi dan perniagaan serta memiliki harta alih atau bukan alih termasuk tanah, bangunan atau saham-saham pelaburan.

Menerima sumbangan, pemberian daripada individu, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) samaada dalam bentuk kewangan atau material serta mengadakan aktiviti-aktiviti bagi menambahkan sumber kewangan dan juga memohon sumbangan derma daripada pihak tertentu dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Berusaha bagi membantu anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran dan kehidupan yang lebih selesa.

Mewujudkan kemudahan khidmat nasihat kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan social.

Mewujudkan seramai mungkin para usahawan dari kalangan ibu tunggal.

 

              CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU TUNGGAL DUN JABI 2017

 23

PROGRAM    : Kelas Penjagaan kulit dan Makeup bersama Persatuan Wanita Umno

TARIKH        : 14 Mac 2017( Selasa)

MASA           : 3:00pm - 6.30pm

TEMPAT        : Pi1m Kg Jabi

PESERTA      : 11 orang

PROGRAM      :   PEMBELAJARAN ASAS MICROSOFT WORD BERSAMA PERSATUAN WANITA

TARIKH        :   03 MAC 2017 (JUMAAT)

MASA          :   11:00AM - 12.20PM

TEMPAT        :   BILIK TRAINING PI1M KG JABI

PESERTA       :   4 ORANG

 

 

 

   

   

PROGRAM    : BASIC & MODERATE MISC.WORD BERSAMA WANITA

TARIKH       : 31 MAC 2017 (JUMAAT)

MASA          : 9.30PAGI -12.30 TENGAHARI

TEMPAT       : PI1M KG JABI

PESERTA     : 5 ORANG

 

 

 

 

WANITA KG JABI

 

Golongan wanita Pekan Jabi sangat aktif dalam berpersatuan dan juga turut terlibat dalam program memajukan kampung sehinggakan ada antara mereka turut menjadi ahli JKKK kampung.  Kumpulan wanita ini terbahagi kepada dua golongan iaitu puteri dan wanita.Terdapat  2 pertubuhan wanita di kampung  ini iaitu :

1) Wanita UMNO

2) Puteri UMNO

 

♥♥ Wanita  UMNO

 

♥♥ Puteri UMNO