KELAB IBU TUNGGAL DUN JABI 2017

 

Persatuan Ibu Tunggal bagi Dun Jabi , Besut adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 17 Februari 2017 dengan keahlian anggota seramai 15 orang. Kebanyakkan status ibu tunggal adalah bercerai mati. Pertubuhan ini dengan tujuan adalah seperti berikut :-

Matlamat

Menjadi kumpulan sokongan dalam menjaga kebajikan para ibu tunggal serta prihatin tentang kehidupan mereka.

Memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada ibu tunggal supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat.

Saling bantu membantu, memberi kerjasama dan berusaha untuk meningkat imej serta maruah ibu tunggal.

Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan social dan amal supaya ibu tunggal dan keluarga mereka dapat berinteraksi dan bertukar fikiran bagi mengeratkan hubungan sesame mereka.

Mengadakan kursus, kelas, bengkel dan seminar dalam pelbagai bidang yang boleh membantu para ibu tunggal mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka.

Menjalankan aktiviti ekonomi dan perniagaan serta memiliki harta alih atau bukan alih termasuk tanah, bangunan atau saham-saham pelaburan.

Menerima sumbangan, pemberian daripada individu, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) samaada dalam bentuk kewangan atau material serta mengadakan aktiviti-aktiviti bagi menambahkan sumber kewangan dan juga memohon sumbangan derma daripada pihak tertentu dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Berusaha bagi membantu anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran dan kehidupan yang lebih selesa.

Mewujudkan kemudahan khidmat nasihat kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan social.

Mewujudkan seramai mungkin para usahawan dari kalangan ibu tunggal.

 

              CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU TUNGGAL DUN JABI 2017

 23