Selaras dengan kemajuan Terengganu, Pekan Jabi kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan insfrastruktur yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut dan juga Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah untuk memudahkan segala urusan penduduk kampung. Di antara kemudahan asas yang disediakan adalah : 

 

 

 Masjid Kg Jabi 

 

masjid kg jabi

Masjid Kg Jabi, Pekan Jabi 22020 Jerteh, Terengganu

 

 

KEPENTINGAN MASJID MEMPERKUKUH LEGASI UMMAH

Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masjid.

Masjid Kg Jabi mengambil peranan melaksanakan program-program dakwah seperti :-

1) Program pengisian rohani berbentuk tazkirah, kuliah dan ceramah perdana

2) Sambutan hari kebesaran Islam

3) Program Belia

4) Program Pengukuhan Sahsiah dan Organisasi

5) Kursus Asas Hal Ehwal Islam

6) Program Kemasyarakatan

 

 Dewan Sivik Kg Jabi 

 

Dewan Sivik

                                    Dewan Sivik Kg Jabi, Pekan Jabi Kg Jabi 22020 Jerteh Terengganu                                                                 

 

Antara perkhidmatan yang boleh digunakan   :

1) Kenduri majlis perkahwinan

2) Majlis keramaian penduduk

3) Majlis perjumpaan dengan penduduk

4) Mesyuarat pibg,sekolah dan perjumpaan ibubapa bersama pemimpin tempatan

5) Mesyuarat dengan penduduk adun, yb dan pemimpin tempatan

6) Tempat gelangan futsal,badminton dan acara sukaneka

7) Tempat ilmiah jemputan para pendakwah atau tenaga pengajar

8) Dan lain- lain acara boleh digunakan.

 

 Stesen Minyak Caltex 

 

Capture

 

Stesen Minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum (dipanggil gasolin di AS dan Kanada) atau minyak dieselDispenser bahan api digunakan untuk mengepampetroleum , diesel, CNGCGH2HCNGLPGLH2bahan api etanolbahan api bio seperti biodieselkerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.

Terdapat dua stesen minyak di Kg Jabi iaitu Stesen Minyak BHP dan Stesen Minyak Caltek. Kedua-dua stesen minyak ini berada dilaluan sebelah kiri sekiranya laluan dari  Bandar Jerteh menuju ke Kuala Terengganu. Ini Kerana tempat yang strategik kerana laluan utama memudahkan pengguna jalan raya untuk berhenti mengisi minyak, selain itu juga memberi kemudahan setempat disekitar Kg Jabi. Walaupun kedua-dua stesen ini kecil tapi cukup bermakna kepada warga Kg Jabi kerana mereka tidak perlu pergi lebih jauh untuk mendapatkan bahan api sekiranya ketika dalam keadaaan terdesak.

 

IMG 20180503 WA0007

Stesen Minyak Caltex Pekan Jabi, 22020 Jerteh, Terengganu             

         

 Stesen Minyak BHP          

 

bhp

                                                  Stesen Minyak BHP Kg Jabi, 22020 Jerteh, Terengganu                                                                  

 

Stesen Minyak BHP ini berada disebelah kiri dari arah Jerteh ke Kuala Terengganu bersebelahan dengan kedai makan masakan panas ala Thai. 500meter dari Pusat Internet Kg Jabi.

 

 

 Pasar Pekan Jabi 

 

pasar jabi

Pasar Pekan Jabi, 22020 Jerteh,Terengganu