Jabi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Kedatangan pelancong asing dari dalam dan luar negeri saban tahun membuktikan Jabi adalah destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi perhatian atau pilihan pengunjung setiap kali melawat atau berkunjung ke Besut. Antara tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Jabi ialah Lata Belatan dan Gunung Tebu. Kedua-dua tempat ini masih mengekalkan keindahan semulajadi serta keunikan flora dan faunanya yang sentiasa menggamit kedatangan pelancong ke sini. Selain itu, terdapat tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan sekitar Jabi yang boleh kita terokai untuk ketenangan jiwa dan melihat keindahan alam flora fauna.

 

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK, BESUT TERENGGANU

 

 lata kolam1

 

Lata Kolam Air Deru Ecopark atau cukup dikenali sebagai Lata Kolam kerana rupa bentuk seperti kolam dengan air yang jernih dan kehijauan. Lata ini mendapat liputan meluas daripada pelancong dari seluruh negeri kerana kejernihan airnya dan keindahan flora fauna. Lata yang baru diterokai ini, sudah mempunyai pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang bersama keluarga dan boleh menghilangkan stres dengan melakukan aktviti riadah disini bagi yang sibuk dikota bandaraya. Lata ini berdekatan dengan Lata Kolam Air Panas lebih kurang 36km dari Kg Jabi.

 

lk4 

lk8

 

Airnya yang jernih amat sesuai sebagai tempat mandi -manda, berkelah dan santai-santai bersama keluarga tercinta, Kedalaman air juga sesuai untuk semua peringkat walaubagaimanapun sekiranya terdapat anak-anak yang masih kecil haruslah dipantau bersama keluarga.

 

    lk12lk14

 

Antara perkhidmatan yang turut disediakan disini ialah Pengurusan Resort, Pengurusan Acara, Pakej Perjalanan & Perlancongan,Kemudahan Camping & Aktiviti, Aktiviti Rekreasi, Pakej Pengembaraan Eco, Katering dan Tempat Reakreasi Herba. 

 

 

 LATA CHAKAH, SETIU TERENGGANU

 

lata chakah2

 

Lata Chakah atau Lata Sawa yang dipanggil oleh orang tempatan berada di Setiu, Terengganu kini kian popular dengan keindahan air terjun yang jernih dan diselubungin tumbuhan menghijau dengan pemandangan yang cukuh indah serta suasana yang tenang.

 

LC3

 

Pemandangan yang sangat cantik, tenang dan indah serta belum tercemar dengan kerakusan pembangunan. Kata orang cantik bagai anak dara desa yang belum diusik . Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum popular . Amat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan riadah bagi yang bekerluarga dan ingin larikan diri dari kesibukan kota. 
Kawasan Lata Chakah ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik. .
 
 
lata chakah
 

 

 

PELADANG AGRO RESORT, SETIU TERENGGANU

 

view chalet

 

Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) yang dimiliki oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu, terletak 89 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan 13 kilometer dari Bandar Permaisuri. Resort ini berkonsepkan pelancongan agro yang menjadikan elemen pertanian seperti landskap, kolam pancing, taman herba, ladang kelapa sawit, dusun buah-buahan campuran, tanaman cendawan, ternakan kambing, ayam kampung dan lain-lain sebagai produk pelancongan. Resort yang terletak dalam kawasan seluas 280 hektar bersebelahan Hutan Simpan Gunung Tebu ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Kunjungan ke resort ini akan disegarkan dengan keindahan landskap serta tasik yang indah. Udara yang segar dan nyaman di pinggir hutan hujan tropika serta aliran sungai dan air jernih menenteramkan jiwa. Kunjungan ke sini tidak sempurna jika tidak meneroka hutan. Pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak pengurusan resort. Antaranya termasuklah kembara hutan, kembara malam dan perkhemahan. Bagi penggemar aktiviti lasak, boleh mencuba flying foxabseillingrappellingobstacle courselow rope activities serta high rope activities. Di sinilah debaran jantung serta kekuatan mental akan teruji.

 

kayak

Aktiviti air turut menjadi acara yang mesti diikuti. MenyeberangI sungai dengan rakit dan berkayak di tasik agro adalah antara pengalaman yang cukup menyeronokkan. Bagi kaki pancing pula, jangan lepaskan peluang untuk merasai sentapan patin, jelawat, rohu, tilapia serta keli Afrika dalam kolam pancing. Ikan seberat 10 kilogram menjadi idaman kaki pancing di sini. Bagi penggemar haiwan eksotik, terdapat sebuah Taman Mini Unggas yang menghimpunkan haiwan tropika seperti kijang, burung merak, burung kuang, landak, arnab dan ayam sutera.

 

                        taman tema1 kenu agro

 

Terdapat 58 buah chalet yang unik bercirikan seni bina tradisional Melayu. Bermalam di chalet di pinggir tasik pastinya memberikan pengalaman yang menarik. Setiap chalet dilengkapi pendingin hawa, televisyen, alat pemanas air serta bahan minuman. Sambil menikmati udara segar,boleh memancing terus dari beranda chalet. Sungguhpun resort ini berkonsepkan pelancongan agro, namun tidak bermakna kunjungan setakat untuk berehat atau beriadah sahaja. Terdapat agensi kerajaan dan swasta yang menggunakan resort ini untuk bermesyuarat dan berseminar. Di sini, terdapat empat buah bilik seminar yang dapat menampung peserta sebanyak 250 orang. Peladang Setiu Agro Resort bukan sekadar destinasi percutian. Pihak pengurusan menyediakan prasarana yang lengkap bagi membantu anda menjayakan program cuti sekaolah, kursus, seminar, hari keluarga dan sebagainya dalam suasana keriangan. Keseronokan, kepuasan, debaran dan segala yang dirasai adalah pengalaman indah yang dapat dikongsi bersama-sama keluarga dan teman. Di sinilah tempat untuk merasai keunikan dan kelainan daripada destinasi percutian lain yang pernah kunjungi.

 

agroedit 1 jul 11

 

 Sumber : Peladang Agro Resort Setiu


 

BUKIT KELUANG, BESUT TERENGGANU

 

111

Bukit Keluang terletak di Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu. Hanya mengambil masa sekitar 30minit dari Pekan Jabi atau lebih kurang 140km dari Kuala Terengganu. Keasyikan panorama yang indah dan memukau membuatkan sesiapa sahaja yang berada di puncak merasa tidak mahu turun dan mahu berlama-lama di atas sana.

Jika anda mendaki pada waktu puncak, barangkali anda mungkin tidak mampu untuk berlama-lama di atas puncak sana berikutan ramai lagi orang lain yang ingin bergambar dan berselfie di puncak. Perlulah kita bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada orang lain untuk bergambar, walaupun gambar yang kita ambil baru sahaja beratus-ratus keping.

Waktu puncak adalah waktu petang, ketika ini ramai orang yang akan berusaha untuk berjaya berada di puncak. Tapi mana tahu, nasib anda baik, pada waktu petang yang anda jejaki tidak ramai orang. Itu langkah kanan namanya. Tengahari mungkin sudah panas terik, mampu untuk berlama-lama di bawah terik mentari?Mendakilah di waktu pagi kerana apabila kita sampai di puncak, kita adalah orang yang pertama di atas sana dan mempu untuk merakam cahaya matahari yang sedang rancak menaik.

Boleh bermalam di Bukit Keluang Beach Resort yang letaknya hanya bersebelahan dari bukit sahaja dengan bayaran bilik yang paling murah RM 152.60 yang mempunyai tiga katil bujang tetapi ruang lantainya luas. Jika mahu jimat belanja, boleh berkongsi sehingga 5 ke 6 orang. Barangkali 7 orang juga mampu tanpa beralaskan katil. Adakah anda mahu? Waktu pagi bukanlah pada pukul 9 atau 10, tetapi pukul 6.30am kerana bermula pukul 9 ke 10am, orang sudah ramai,terdapat dua laluan untuk mendaki, yang pertama di seberang jalan berhadapan dengan tandas awam iaitu laluan bertangga tetapi ia mengambil masa sedikit lama untuk sampai di puncak, oleh kerana kecerunan bukit itu sedikit memberi cabaran semasa mendaki. Laluan yang kedua, kita perlu melalui jalan belakang. Check pointnya adalah bus stop yang usang yang hidup segan mati tak mahu. Laluan dari situ hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja tetapi laluannya tanah, berbukit dan berakar, tidak ada tangga seperti laluan pertama. Yakin dan selamat serta bertenaga untuk meneruskan pendakian. Jika dari Kota Bharu, lebih kurang 90km perbatuan dan mengambil masa hampir satu jam dan tidak perlu menginap dimana-mana penginapan kerana perjalanan tidak mengambil masa yang lama untuk ke bukit keluang dan masih sempat untuk menikmati keindahan panorama pada waktu pagi Matahari ingin terbit sekiranya merancang waktu perjalanan lebih awal.

112

 

 

PANTAI DENDONG,TEMBILA BESUT

 

12

PASTIKAN KEBERSIHAN PANTAI DIJAGA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

 

Lokasi Pantai Dendong ini terletak di kawasan Kg Tembila, Besut yg menghala ke kem Askar @ Unisza. Lokasi agak strategik dan tenang. Jalan laluan masuk ke pantai ini agak ke dalam sedikit. Pasir pantainya yang cantik, sesuai untuk mandi manda bersama keluarga. Bagaimanapun, keselamatan anak-anak ketika mandi mesti dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa.Tempat yang tenang berbanding pantai Bukit Keluang yang agak terlampau padat dengan kunjungan orang ramai terutama pada hujung minggu.

 

Pantai Dendong ni ada dua jenis air iaitu air masin dan air tawar. Kedua-dua air ini dipisahkan oleh benteng pasir pantai yang menjadi laluan berjalan ke arah bukit seperti didalam gambar. Walaupun pantai ini agak kurang tersohor atau belum dikenali sepenuhnya oleh orang ramai, ianya masih boleh disenaraikan sebagai tempat perkelahan yang disarankan. Jika anda mempunyai masa terluang, datanglah ramai-ramai disini. Selain itu,ketika kunjungan disini, jangan lupa bawa bekal untuk anda menjamu selera bersama keluarga dan teman-teman, pasti membuatkan selera anda bertambah! Anda juga boleh buat BBQ disini.

 

Tempat ini juga amat sesuai untuk membuat Photoshoot gambar kahwin,tunang dan sebagainya sebagai kenangan yang indah untuk diabadikan bersama pasangan kerana tempat yang sangat cantik dan menarik.

 

Sumber : FB Welcome To Besut Terengganu

 

 

HUTAN LIPUR LATA BELATAN

                            138

             

Lata Belatan terletak di Kampung Kuala Kubang iaitu 1 kilometer dari Pekan Jabi dan ianya berada di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu iaitu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara. Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan Bandar Jertih atau 103 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Bagi pengunjung yang ingin ke sini, mereka bolehlah menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri ataupun Bandar Jertih.

 

137Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur ini telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985 lagi. Kawasan ini dilitupi oleh hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp. Antaranya seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis lain yang terdapat di sini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan sebagainya. Manakala dikawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu pula, terdapat pokok  jenis Meranti dan Balau Laut Merah. Pokok Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak pula kebiasaannya terdapat di kawasan lereng-lereng bukit yang curam. Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan ini adalah berdasarkan pengurusan berkekalan di mana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday". Bagi mengekalkan keindahan semulajadi dan kejernihan air yang mengalir maka, ianya telah kekal di bawah pengelasan Hutan Rekreasi.Di antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan di sini ialah beriadah sambil menikmati  keindahan flora dan fauna, berkelah bersama keluarga, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking). Selain itu, bagi mereka yang inginkan cabaran dan merasai sendiri suasana pengembaraan hutan, mereka bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut.  Antara kemudahan  yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, kawasan letak kereta, pondok pengawal, tapak perkhemahan, pondok Jabatan Hutan serta chalet.

 

 

GUNUNG TEBU 

 

135

Gunung Tebu merupakan salah satu gunung yang terdapat di Negeri Terengganu. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,097 meter dari aras laut dan ianya diliputi  dengan kawasan hutan Diptercorp bukit dan atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Pendakian ke Gunung Tebu ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini. Keunikan lain yang ada di sini ialah di puncaknya terdapat sebuah kubur dan ianya menjadi tempat untuk para pesilat bertapa. Gunung Tebu ini terletak di Hutan Lipur Lata Belatan dan di sinilah titik permulaan pendakian ke Gunung Tebu. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok Jabatan Hutan sebelum memulakan pendakian bagi mengelakkan sebarang masalah dan RM 5 dikenakan sebagai yuran atau permit pendakian.

 

Aktiviti Menarik

 

34

 

  

 

HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH  

 

134

 

Lata Tembakah  terletak di Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut. Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu. Kawasan hutan lipur ini mula dimajukan dalam tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri. Antara keunikan yang ada di sini adalah seperti tumbuh-tumbuhan semulajadi, sungai yang bersih, air terjun yang menarik dan kolam-kolamnya yang semulajadi. Di sini juga amat popular sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah, tempat ini tidak pernah sunyi kerana sentiasa dihidupkan dengan kem kesedaran bina insan, jati diri, pengakap, kadet polis dan lain-lain lagi.

  

KOLAM AIR PANAS LA

 

136

 

Kawasan air hangat ini terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena pelancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut. Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh digunakan untuk mandi bagi menyegarkan tubuh badan. Di sini juga terdapat Wadding Pool iaitubekas air hangat (thermos) dimana ianya dikatakan dapat merebus telur sehingga masak. Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air ini secara persendirian. La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.

 

38