hfmd poster

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1) Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2) Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3) Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4) Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5) Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6) Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Penduduk Jabi amatlah mementingkan kesihatan dan oleh kerana itulah mereka sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekitar kampung. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada sebarang jangkitan penyakit. Selain daripada mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat, kewujudan klinik kesihatan kerajaan dan swasta turut menyumbang ke arah kesedaran, pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat.      

 

 PUSAT RAWATAN ALTERNATIF 

Hj Zawawi Homeopathic Centre

 

 

 

 

35

Hj Zawawi Homeopathic Centre

PT 4994, Taman Harmoni,

Jabi 22020 Jerteh, Besut,
Terengganu.


No.Telefon : 60123852452

Dr Haji Mohd Zawawi Bin Yazid Al-Hafiz

adalah seorang pengamal perubatan Homeopathy bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) yang mana ianya sebuah badan pengamal diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

 KLINIK KESIHATAN JABI 

 

 

                                         

Klinik Kesihatan Jabi

22020 Jerteh

Terengganu

 

No Tel: 09-6941288

Jumlah Pekerja : 33 Orang

 

 KLINIK PERGIGIAN 

 

 

Terletak di bangunan yang sama

dengan Klinik Kesihatan Jabi

 

HARI 

MASA

Ahad - Rabu

7.30 a.m - 5.30 p.m

Khamis

7.30 a.m - 4.00 p.m

Waktu rehat : 1.00 p.m - 2.00 p.m

Ditutup pada cuti umum

 

Untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat, sila hubungi penolong pegawai perubatan yang bertugas di kuarters anggota. 

   Rawatan untuk kanak-kanak dan ibu mengandung adalah setiap hari

   Rawatan untuk darah tinggi dan kencing manis : Selasa dan Rabu

 

HARI

 PAGI 

PETANG

Ahad

8.30 a.m – 12.45 p.m

Rawatan di denture di Klinik Pergigian Jerteh 

2.30 p.m – 4.00 p.m

Rawatan temujanji di Klinik Pergigian Jerteh

Isnin

8.30 a.m – 12.45 a.m

Rawatan ke sekolah 

2.30 p.m – 4.00 p.m 

Rawatan temujanji di Klinik Pergigian Jabi

Selasa

Rawatan ke sekolah 

Rawatan temujanji Pesakit kanak-kanak

Rabu

Rawatan Pesakit Luar (Dewasa)

Rawatan temujanji Pesakit kanak-kanak

Khamis

Rawatan ke sekolah 

2.30 p.m – 4.00 p.m 

Rawatan temujanji di Klinik Pergigian Jertih

Caj perkhidmatan / pendaftaran dikenakan

RM1 setiap pemeriksaan.

Pada musim cuti sekolah, rawatan temujanji di

Klinik Pergigian Jabi akandiadakan setiap

hari Selasa (pagi sahaja)

 

KLINIK SWASTA KG JABI

 

 

 

Lot PT 4985, Taman Rakyat Harmoni

Jalan Besar Pekan Jabi

22020 Jertih

Terengganu 

No Tel : 09-6942923 

Dr Sazali Hassan (MBBS(UM))

 

Waktu operasi:

Jam

Sabtu - Rabu

8.30 a.m  -  1.00  p.m

2.45 p.m  - 5.30  p.m

8.00 p.m  - 10.00 p.m

Khamis

8.30 a.m -  3.00 p.m

Jumaat

8.00 p.m  - 10.00 p.m