TUJUAN
Memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah tali persaudaraan sesama warga komuniti Kg Jabi bersama PEDi Kg Jabi.
AKTIVITI
Pada 1hb September 2022 pagi hari telah bermula aktiviti merewang iaitu bagi golongan wanita mengupas bawang, kentang dan sebagainya sebagai bahan asas untuk pemprosesan bahan asyura. Warga penduduk kg Jabi telah berkumpul dan menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti seterusnya iaitu kacau asyura. Program ini mendapat sambutan yang hebat terutama dari anak-anak muda turun padang untuk mengacau asyura. Majlis bersurai pada jam tepat jam 1.00 petang. Asyura berjaya diagihkan kepada semua penduduk.
- Seterusnya
- Seterusnya >>