TARIKH : 19 JANUARI 2024 MASA : 10.00 AM - 12.30 PM LOKASI : PEDi KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang pandai menggunakan asas internet serta meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan internet tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin menggunakan microsoft word untuk menulis surat rasmi dan tidak rasmi. Dalam masa yang sama, petugas juga memberi tunjuk ajar cara menggunakan whatsapp dekstop untuk penghantaran dokumen bagi memudahkan untuk mencetak. Selain itu, petugas memberi penerangan kepada pengunjung yang ingin membuat pengisian dalam Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi borang tersebut dengan lengkap. Pengunjung mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Seterusnya
- Seterusnya >>