• LITERASI DIGITAL
  • MODUL : KDB/KLIK DENGAN BIJAK 

TARIKH

 30 OGOS 2017

MASA

 2.30 -4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5

  •  

61

  • TUJUAN

Penghasilan video Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun. 

 

AKTIVITI

Menggalakkan pelajar bersemangat wajar serta tanamkan sifat kemerdekaan dalam diri masing - masing bagi memperteguhkan jati diri kepimpinan.

Melakukan aktiviti penghasilan video sempena menyambut kemerdekaan yang ke 60 tahun.

  • Menggalakan pelajar berfikiran kreatif serta puitis dalam menghasilkan sesuatu skop tugasan.

 


 

    • E-PERNIAGAAN
    • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
    • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 4

TARIKH

 21 OGOS 2017

MASA

 9.30 -12.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4

 

62

 

TUJUAN

  • Memberi peluang pekerjaan kepada semua yang ingin mencari pendapatan lebih mahupun sedang mencari kerja. Jenis pekerjaan atas talian mahupun secara offline.

 

AKTIVITI

  • Kebiasaan kelas diadakan pada hari minggu atau pun atas perbincangan bersama peserta yang kelapangan.Hanya dua sesi sahaja dilakukan setiap minggu.Petugas terdiri daripada Pengurus mahupun Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) dan mengikut tarikh hari bekerja staf PI1M.

 


 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 3

TARIKH

 18 OGOS 2017

MASA

 9.30 -12.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2

 

63

 

TUJUAN

  • Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. Pi1m Kg Jabi merupakan salah satu wakil daripada pusat Erezeki yang terpilih untuk mengadakan kelas/taklimat erezeki.

 

AKTIVITI

  • Terdiri daripada 2 orang peserta dimana salah seorang peserta merupakan seorang usahawan yang berjinak dalam dunia perniagaan dan salah satu lagi merupakan seorang penganggur lepasan university yang sedang mencari pekerjaan. Taklimat erezeki ini amat bermanfaat kepada mereka berdua kerana kedua-duanya ingin mencari pendapatan sampingan sekiranya tiada komitment lain untuk dibuat.

 


 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 2

TARIKH

 14 OGOS 2017

MASA

 9.00 -2.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 4

 

64

 

TUJUAN

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

 

AKTIVITI

Seramai 4 orang dalam satu sesi iaitu terdiri daripada golongan ibubapa dan belia. Mereka berminat dengan kelas erezeki ini kerana berpeluang untuk menceburkan diri dalam dunia pernigaan serta mencari pendapatan sampingan secara atas talian.

Kelas diadakan juga atas perbincangan bersama peserta dan tenaga pengajar Pi1m.

 


 

  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 6-10 : ASAS KEUSAHAWANAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 2.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

65

 

TUJUAN

Untuk menggalakkan para peserta terlibat dengan aktiviti keusahawanan dan menceburkan diri dalam perniagaan serta mengetahui selok belok arena dunia pemasaran perniagaan.

 

AKTIVITI

Untuk Asas Keusahawanan terdapat 6 Modul iaitu bermula dengan Modul 6 sehingga Modul 12 iaitu Pengenalan Keusahawanan, Pengurusan Wang dan Kewangan, Pelan Pemasaran, Penjenamaan, Bahan Pemasaran, Pemasaran Dalam Talian dan Mengumpul Maklumat Balas Dalam Talian. 6 orang peserta yang menyertai Kelas keusahawanan ini yang terdiri daripada golongan ibubapa.

Sesi kali ini hanya tertumpu kepada Pengenalan Keusahawanan iaitu Modul 6, ini kerana kebanyakan golongan ibubapa ini tidak mampu bertahan selama satu hari di Pi1m kerana masing-masing mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaaanya akan bersambung untuk kelas yang seterusnya bagi meneruskan modul seterusnya.

 

  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

66

 

TUJUAN

Kursus Asas iaitu menyediakan pengetahuan untuk kejayaan dalam dunia digital. Untuk menggalakkan para peserta meceburkan  diri dalam bidang teknologi serta mengetahui asas perkomputeran yang menjadi teras kemajuan masa kini.

 

AKTIVITI

Modul ini merupakan pengenalan asas perkomputeran. Kebiasaan kelas Intel diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu kerana pembelajaran ini mengambil masa dua hari bagi mengikuti modul tersebut. Namun begitu mengikut kelapangan masa pelajar.

  • Terdapat 15 modul dalam Intel Easy Step. Untuk pengenalan operasi komputer terdiri daripada modul 1 sehingga modul 5 iaitu, Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi, Memperkenalkan Internet dan Email, Pengenalan Pemprosesan Kata, Pengenalan Lembaran Elektronik,serta Pengenalan Multimedia. Seramai 6 orang peserta yang terlibat untuk sesi kelas kali ini.

 

 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 1

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10

 

67

 

TUJUAN

  • Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

AKTIVITI

Taklimat erezeki ini juga terdiri daripada persatuan ibu tunggal untuk mencari pendapatan lebih.Maximun 10 orang terlibat setiap per sesi kelas erezeki diadakan.Kebiasaanya kelas akan diadakan pada hujung minggu dan juga mengikut kelapangan waktu peserta.

 


 

  • LITERASI DIGITAL
  • MODUL : KDB/KLIK DENGAN BIJAK

TARIKH

 10 OGOS 2017

MASA

 3.00 - 4.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 

 

68

 

TUJUAN

Menggalakkan peserta atau pengunjung ke Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Klik Dengan Bijak iaitu tidak menyebarkan sebarangan maklumat yang tidak sahih dan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dengan bijak dan berkesan.

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

 

AKTIVITI

  • Melakukan aktiviti Rekacipta Projek Sains iaitu Bina Atom Molekul.Hasil kerja dilakukan oleh segelintir pelajar Tingkatan 2. Perbincangan secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan sekolah serta klik dengan bijak dalam pencarian maklumat tugasan.

 


 

  • ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
  • MODUL : PENGENALAN KEPADA INTERNET 

TARIKH

 02 OGOS 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10 

 

69

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

AKTIVITI

  • Memberi bantuan carian maklumat kepada pelajar sekolah menengah iaitu PT3 dan pelajar SPM bagi menyiapkan kerja kursus mereka. Selain itu juga memberi tunjuk ajar penggunaan komputer dan internet dengan betul.