• INTEL EASY STEPS
  • MODUL 6-10 : ASAS KEUSAHAWANAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 2.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

65

 

TUJUAN

Untuk menggalakkan para peserta terlibat dengan aktiviti keusahawanan dan menceburkan diri dalam perniagaan serta mengetahui selok belok arena dunia pemasaran perniagaan.

 

AKTIVITI

Untuk Asas Keusahawanan terdapat 6 Modul iaitu bermula dengan Modul 6 sehingga Modul 12 iaitu Pengenalan Keusahawanan, Pengurusan Wang dan Kewangan, Pelan Pemasaran, Penjenamaan, Bahan Pemasaran, Pemasaran Dalam Talian dan Mengumpul Maklumat Balas Dalam Talian. 6 orang peserta yang menyertai Kelas keusahawanan ini yang terdiri daripada golongan ibubapa.

Sesi kali ini hanya tertumpu kepada Pengenalan Keusahawanan iaitu Modul 6, ini kerana kebanyakan golongan ibubapa ini tidak mampu bertahan selama satu hari di Pi1m kerana masing-masing mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaaanya akan bersambung untuk kelas yang seterusnya bagi meneruskan modul seterusnya.

 

  • INTEL EASY STEPS
  • MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6

 

66

 

TUJUAN

Kursus Asas iaitu menyediakan pengetahuan untuk kejayaan dalam dunia digital. Untuk menggalakkan para peserta meceburkan  diri dalam bidang teknologi serta mengetahui asas perkomputeran yang menjadi teras kemajuan masa kini.

 

AKTIVITI

Modul ini merupakan pengenalan asas perkomputeran. Kebiasaan kelas Intel diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu kerana pembelajaran ini mengambil masa dua hari bagi mengikuti modul tersebut. Namun begitu mengikut kelapangan masa pelajar.

  • Terdapat 15 modul dalam Intel Easy Step. Untuk pengenalan operasi komputer terdiri daripada modul 1 sehingga modul 5 iaitu, Memperkenalkan Komputer dan Sistem Operasi, Memperkenalkan Internet dan Email, Pengenalan Pemprosesan Kata, Pengenalan Lembaran Elektronik,serta Pengenalan Multimedia. Seramai 6 orang peserta yang terlibat untuk sesi kelas kali ini.

 

 

  • E-PERNIAGAAN
  • MODUL : LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • LATIHAN ASAS E-REZEKI MDEC SIRI 1

TARIKH

 11 OGOS 2017

MASA

 9.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 10

 

67

 

TUJUAN

  • Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

 

AKTIVITI

Taklimat erezeki ini juga terdiri daripada persatuan ibu tunggal untuk mencari pendapatan lebih.Maximun 10 orang terlibat setiap per sesi kelas erezeki diadakan.Kebiasaanya kelas akan diadakan pada hujung minggu dan juga mengikut kelapangan waktu peserta.