-
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN
TARIKH
27 SEPT 2017
MASA
2.00 - 4.00 PETANG
LOKASI
PI1M KG JABI
PESERTA
9
-
TUJUAN
Memahami asas komputer
Memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia
AKTIVITI
Komputer merupakan sebahagian penting daripada kehidupan harian dalam dunia hari ini. Ramai orang menggunakan komputer untuk menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, menyimpan gambar dan muzik, memain permainan dan berkomunikasi dengan orang lain. Komputer telah mengubah cara kita bekerja dan hidup. Kursus ini direka untuk membantu pelajar ini membangunkan kemahiran baru yang membolehkan mereka menggunakan komputer untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah, dan menyelidik, mengumpul, menyusun serta berkongsi maklumat.
-
Kursus ini menyediakan pelbagai pengalaman langsung untuk menjelajah dan menemui aplikasi komputer asas. Namun begitu, ada diantara pelajar ini berhadapan dengan masalah komputer buat kali pertama tidak biasa dengan bahagiannya atau cara mengerjakannya. Dalam modul ini, pelajar juga diberitahui tentang bahagian-bahagian asas komputer dan fungsinya, sistem operasi dan cara melaksanakan beberapa tugas komputer yang mudah.
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 6 - 10: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
TARIKH
27 SEPT 2017
MASA
4.00 - 6.00 PETANG
LOKASI
PI1M KG JABI
PESERTA
9
-
TUJUAN
Memahami dan menggunakan aplikasi berasaskan web seperti Carian Internet (Internet Search), E-mel, Mesej Segera (Instant Messaging) dan Dokumen Kerjasama (Collaborative Documents).
Berkomunikasi, bekerjasama dan mencipta produk seperti brosur, risalah, belanjawan, laman web dan lain-lain yang berguna dalam kehidupan peribadi, pekerjaan atau permulaan dan pengurusan perniagaan kecil
AKTIVITI
Dalam kursus IntelĀ® Learn Easy Steps ini, pelajar mempelajari asas penggunaan komputer melalui siri pelajaran mudah. Dalam modul awal kursus,pelajar juga diperkenalkan kepada cara komputer beroperasi serta aplikasi perisian asas. Untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berfaedah, modul-modul berikutnya menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan tema pekerjaan dan keusahawanan. Pelajar juga diberi peluang mempelajari cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti yang membantu membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan kemahiran asas keusahawanan dalam kehidupan seharian, pekerjaan atau membuka perniagaan kecil.
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 1 - 5: PENGENALAN KEPADA OPERASI PERKOMPUTERAN
TARIKH |
11 SEPT 2017 |
MASA |
2.00 - 4.00 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
13 |
TUJUAN
IntelĀ® Learn Easy Steps merupakan kursus yang direka untuk membantu anda mempelajari langkah-langkah asas tentang cara menggunakan komputer dengan berkesan serta mengaplikasi kemahiran komputer dalam kehidupan harian anda.
AKTIVITI
Melakukan suntingan imej atau pengeditan gambar menggunakan aplikasi yang sudah tersedia dalam komputer iaitu PAINT. Membuat lakaran poster dengan menggunakan PAINT. Walaupun nampak mudah tetapi agak sukar dan tidak dapat buat dengan betul cara penggunaan sekiranya tidak diajar dan dipraktikkan selalu. Aktiviti rekacipta poster ini dilakukan oleh Pelajar Menengah dari sekolah Asrama PERKAYA di besut ini. Seramai 13 orang yang terlibat dengan kelas Intel ini.
- INTEL EASY STEPS
- MODUL 6 - 10: PENGENALAN KEUSAHAWANAN
TARIKH |
11 SEPT 2017 |
MASA |
4.00 - 6.00 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
13 |
TUJUAN
Kemahiran teknologi yang dipelajari dalam kursus ini akan membantu anda memulakan dan menguruskan perniagaan dengan cekap. Dalam modul ini, anda akan menerokai konsep keusahawanan dan membangunkan idea perniagaan sendiri dengan Kemahiran Pemprosesan Kata.
AKTIVITI
Menerangkan konsep keusahawanan, ramai diantara anak muda sekarang menceburi bidang perniagaan termasuk pelajar sekolah. Masyrakat kini, disekolah juga pelajar sudah dilatih dengan konsep keusahwanan melalui koperasi yang dikendalikan oleh pelajar sekolah itu sendiri.Disini juga tidak terkecuali pelajar PERKAYA turut didedahkan dengan konsep keusahawanan iaitu selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Mereka diajar membuat peta minda tentang konsep perniagaan yang akan dijalankan. Melalui lakaran peta minda ini membuatkan pelajar Nampak dengan jelas laluan dalam bidang keusahawanan.
PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI 2017
TARIKH |
10 & 11 SEPT 2017 |
MASA |
9.30 - 3.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
30 |
TUJUAN
- Memperkenalkan Sistem Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Setakat ini terdapat 6 modul dalam system ini iaitu My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Shop dan My Place. Sistem ini memberi kemudahan kepada komuniti setempat kerana dalam sistem ini meliputi semua perkara yang boleh hanya diakses melalui sistem ini.
AKTIVITI
- Install Aplikasi Dashboard Komuniti melalui Smart Phone . Seramai 16 orang peserta yang berjaya install melalui smart phone masing-masing. 6 peserta usahawan membuat iklan produk dan perkhidmatan ke dalam Sistem My Shop sebagai salah satu saluran bentuk promosi.Para peserta juga berpeluang membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terdapat pelbagai permasalahan kawasan sekitar tempat kediaman mereka.
- Aktiviti bagi pelajar menengah dan ke atas adalah membuat Poster Sempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi PAINT dalam komputer. Aktiviti sebegini amat sesuai dengan golongan mereka dan memcungkil bakat serta memerlukan kemahiran yang tinggi.Seramai 30 orang peserta yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Program Dashboard Komuniti Pi1m Kg Jabi. Peserta juga berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan iaitu Pemeriksaan Tekanan Darah dan menimbang berat badan.
I HEALTH
MY SHOP
INSTALL DASHBOARD KOMUNITI
POSTER KEMERDEKAAN