PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI BULAN OKTOBER - I HEALTH

TARIKH

 29 OKTOBER 2017

MASA

 3.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4444

 

TUJUAN

Memberi kemudahan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengguna & pengunjung yang datang ke Pusat Internet 1Malaysia. Mereka tidak perlu untuk ke klinik mahupun hospital untuk membuat pemeriksaan Tekanan Darah & Timbang Berat Badan yang perlu menjadi rutin bulanan mereka.

 

AKTIVITI 

Pemeriksaan kesihatan diberikan kepada pengunjung bagi mengetahui tahap kesihatan mereka bagi memastikan kesihatan berada ditahap yang terkawal.

 


 

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT - CARIAN MAKLUMAT

TARIKH

 26 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 12 ORANG

 

261003

 

TUJUAN

Memberi kemudahan capaian internet kepada pelajar.

 

AKTIVITI

Bantuan carian lokasi menggunakan 'Google Map' & maklumat untuk kerja kursus bagi pelajar sekolah menengah. Pelajar diberi pendidikan secara atas talian dengan mudah.

 


  

APLIKASI PEMBELAJARAN - 'CODING SOURCES'

TARIKH

 26 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 1.00 PETANG

LOKASI

 SMKTM 2

PESERTA

 25 ORANG

 

26103

 

TUJUAN

Memberi perkhidmatan bantuan pembelajaran 'Coding Sources' Menggunakan Atom & Mamps -  Mysql & Apache Server  kepada pelajar SMKTM 2 yang mengikuti pertandingan mewakili peringkat sekolah, daerah dan negeri Terengganu.

 

AKTIVITI

Coding Bahasa untuk Notepad++, html dan CSS dengan menggunakan Atom & Mamps - Myqal & Apache Server. Staff Pi1m memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi memberi bantuan kepakaran dengan sistem coding.

 


 

PENGENALAN KEPADA PENGGUNAAN KOMPUTER & INTERNET

TARIKH

 25 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 12 ORANG

 

25103

 

TUJUAN

Menggalakkan pelajar mempelajari penggunaan komputer dalam pembelajaran terutama pada masa kini yang memerlukan kemahiran dalam perkomputeran. Selain itu memberi pendedahan kepada pelajar agar para pelajar mengetahui perkembangan terkini dengan berita semasa hanya dengan melayari internet.

 

AKTIVITI

Pelajar terdiri daripada 12 orang dari Asrama PERKAYA. Memberi bantuan carian maklumat bagi menyiapkan tugasan kursus, terutama cara mendapatkan 'coordinate' tempat dengan menggunakan 'Google Map'.

 


 

PENGHASILAN BUKU SKRAP

TARIKH

 24 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

24103

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar, penggunaan komputer dan internet serta celik it dalam aktiviti harian.

 

AKTIVITI

Pelajar ini merupakan pelajar Tahun 6 SK Jabi, perlu menghasilkan buku skrap secara individu. Pendedahan pencarian maklumat diberikan untuk penghasilan buku skrap yang padat dengan isi serta menghasilkan idea yang kreatif.

 


 

PROGRAM NEGARAKU@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BESUT

TARIKH

 21 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 3.30 PETANG

LOKASI

 DEWAN TERBUKA KG DARAU

PESERTA

 280 ORANG

 

21101

 

TUJUAN

Program Negaraku@Komuniti peringkat daerah Besut dan program Pewaris muda peringkat negeri 2017 dimana program ini melibatkan pelbagai 'booth' badan -badan kerajaan, NGO, dan pihak swasta bersama turun padang bagi menjayakan program ini. Penglibatan Pi1m juga memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh PI1M antaranya ialah permainan Puzzle Dashboard,Klik Dengan Bijak, Maze, Kuiz & Silang Kata, Musang Berjanggut serta Meneka Rempah. Aktiviti pertandingan ini disediakan bagi menarik pengunjung untuk datang ke 'booth' Pi1m bagi menyertai aktiviti yang diadakan dengan hadiah yang menarik turut disertakan. Selain itu, Pi1m juga membuat cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. Seramai 176 peserta yang turut serta dalam pertandingan ini dan seramai 280 orang pengunjung yang datang ke program ini.

Atucara aktiviti adalah seperti berikut :-

Acara

Puzzle Dashboard   

KDB

        Maze 

Kuiz & Silang kata

Musang Berjanggut

Meneka Rempah

Masa

8:00 - 9:00

9:00- 10:00

10:00-11:00

11:0 - 12:00

12:00 - 1:00

1:00-2:00

Peserta

20

20

20

20

20

20

 

 21108 21106 21103


 

DESTOP PUBLISHING - TYPING MICROSOFT WORD

TARIKH

 21 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 2 ORANG

 

IMG 4441

 

TUJUAN

Membuat petak dan 'copy paste' dengan menggunakan Microsoft Word. Sesuatu pembelajaran yang baru kepada mereka yang baru mengenali penggunaan komputer.

 

AKTIVITI

Belajar membuat petak dan 'copy paste' dalam penggunaan Microsoft Word untuk membuat iklan promosi produk keluaran tempatan yang diusahakan oleh ibu tunggal.

 


 

PEMBELAJARAN BERKUMPULAN

TARIKH

 16 OKTOBER 2017

MASA

 10.30 - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4437

 

TUJUAN

Pembelajaran berkumpulan merupakan teknik pembelajaran yang kreatif kerana mereka bersama-sama mengeluarkan idea dan pendapat yang berbeza. Melalui pelbagai idea dan pendapat mereka juga dapat berkongsi ilmu dan setiap kebolehan yang ada pada setiap orang pelajar.

 

AKTIVITI

Membuat tugasan secara berkumpulan dan membahagikan tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Mereka belajar disini kerana tempat yang sangat selesa serta memudahkan mereka untuk memcari maklumat kerana terdapat kemudahan komputer dan internet.

 


 

PENGENALAN KEPADA INTERNET

TARIKH

 14 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

14102

 

TUJUAN

Penggunaan internet dengan betul serta cara penggunaan komputer dengan bijak dan pantas .

 

AKTIVITI

Pelajar diberitahu tatacara penggunaan internet dengan betul iaitu pencarian maklumat mestilah dari bahan yang sahih. Selain itu juga, mereka turut diajar cara menaip dengan pantas dan penggunaan internet hanyalah untuk aktiviti pembelajaran mereka serta tidak menyalahi penggunaan yang tidak memberi manfaat.

 


 

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

TARIKH

 11 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 4.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 8 ORANG

 

11102

 

 

TUJUAN

Bantuan carian maklumat untuk membuat kerja kursus bagi pelajar Sekolah Menengah .

 

AKTIVITI

Pelajar mendapatkan data maklumat bagi menyiapkan tugasan kerja kursus dengan mendapatkan kemudahan yang ada di Pusat Internet 1Malaysia serta bantuan tunjuk ajar dari staf pi1m. Pencarian maklumat tentang kerja kursus merangkumi artikel yang tepat serta maklumat yang sahih untuk dijadikan bahan rujukan dalam kerja kursus mereka.Kebanyakan pelajar dari Tingkatan satu sehingga Tingkatan 5. Pelajar Tingkatan 1 juga sudah diberi pendedahan awal tentang kerja kursus mereka dengan mendapatkan maklumat melalui internet.

 


 

PENCARIAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN 'GOOLGE SEARCH ENGINE'

TARIKH

 07 OKTOBER 2017

MASA

 10.30 - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 6 ORANG

 

IMG 4434

 

TUJUAN

Pencarian maklumat dengan menggunakan 'Google Search Engine' bagi mendapatkan data atau laporan, imej dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Pelajar membuat tugasan sekolah dengan mendapatkan data melalui internet serta menggunakan Microsoft Word sebagai lampiran tugasan. Mereka menggunakan 'Google Search Engine' untuk mendapatkan artikel atau sebarang maklumat yang dikehendaki.

 


 

GOTONG ROYONG PERDANA MASJID KG JABI

TARIKH

 05 OKTOBER 2017

MASA

 8.00 - 11.30 TENGAHARI

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 PENDUDUK KG JABI

 

22292292 1644349452262214 1562731679 o

 

TUJUAN

Membersihkan Masjid dan kawasan sekitar masjid bersama penduduk untuk keselesaan bersama.

 

AKTIVITI

Penduduk setempat bersama-sama turut menjalankan aktiviti gotong royong dengan membersihkan kawasan dalam masjid dan diluar masjid. Dengan aktiviti ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama penduduk kerana hampir semua penduduk turun padang menjayakan program ini kerana Masjid Kg Jabi ini merupakan Masjid utama dikampung ini.

 


 

DESTOP PUBLISHING - 'COPY EDITING' MICROSOFT WORD

TARIKH

 02 OKTOBER 2017

MASA

 2.30 - 5.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

 5 ORANG

 

IMG 4426

 

TUJUAN

Destop Publishing iaitu mengetahui penggunaan asas komputer melalui penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft Word.

 

AKTIVITI

Mencari artikel atau laporan bergambar dan membuat ‘copy paste’ ke dalam Microsoft Word. Mereka juga turut belajar membuat suntingan imej menggunakan Microsoft Word. Pelajar yang terlibat adalah seramai 5 orang dari pelajar Tingkatan 2  dari SMK.Jabi.