I- HEALTH & PROMOSI 'BOINK BALL'
TARIKH |
08 NOVEMBER 2017 |
MASA |
4.30 - 5.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
8 ORANG |
TUJUAN
Pengenalan kepada penggunaan Ihealth dan pemeriksaan tekanan darah tinggi serta timbang berat badan boleh dibuat di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).
AKTIVITI
Pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan boleh dilakukan secara berskala bagi mendapatkan berat badan yang ideal serta tekanan darah yang normal. Pendedahan info kesihatan juga amat penting kepada semua termasuk pengunjung dan pengguna PI1M yang dapat menikmati kemudahan yang ada di PI1M. Selain itu, promosi permainan game online iaitu 'Boink Ball' turut dijalankan.
MY KOMUNITI - 'ANNOUNCEMENT'
TARIKH |
07 NOVEMBER 2017 |
MASA |
4.30 - 5.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
8 ORANG |
TUJUAN
Memperkenalkan Dashboard Komuniti dan 'Announcement' Komuniti kepada pelajar sekolah.
AKTIVITI
Pelajar membuat pengumuman melalui My Komuniti 'Announcement'. Sebarang maklumat atau berbentuk pengumuman boleh dikongsi melalui My Komuniti agar semua komuniti setempat dapat melihat pengumuman tersebut.
PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH & TIMBANG BERAT BADAN
TARIKH |
05 NOVEMBER 2017 |
MASA |
2.30 - 4.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
5 ORANG |
TUJUAN
Pemeriksaan tahap tekanan darah dan berat badan secara mingguan/bulanan.
AKTIVITI
Membuat pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan terhadap pelajar dan pengunjung. Mengetahui tahap kesihatan secara terkawal serta tidak perlu mendapatkan rawatan susulan ke klinik untuk pemeriksaan tekanan darah. Pendidikan kesihatan juga amat perlu bagi mendapatkan kesihatan yang seimbang dan terkawal dari masa ke semasa.
KLIK DENGAN BIJAK - AKTIVITI 'SEACRHING'
TARIKH |
03 NOVEMBER 2017 |
MASA |
2.30 - 4.30 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG JABI |
PESERTA |
10 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar teknik mencari bahan maklumat dengan bijak serta perlu mengetahui blog-blog, laman web serta pautan info yang sahih dan tepat.
AKTIVITI
Pelajar mencari bahan maklumat untuk dijadikan rujukan kerja kursus serta untuk persediaan peperiksaan akhir tahun. Mereka juga digalakkan mencari info yang tepat dan tidak menyalahgunakan artikel iaitu tidak mengambil bulat-bulat dari internet untuk dijadikan bahan persiapan kerja kursus sebaliknya hanya dijadikan rujukan untuk bahan kerja kursus. Hal ini bagi menggelakkan palagiat yang sedang berlaku pada masyarakat kini.
LATIHAN ASAS EREZEKI SIRI 1- NOV 2017
TARIKH |
02 NOVEMBER 2017 |
MASA |
10.00 - 1.00 PETANG |
LOKASI |
PI1M KG PANTAI |
PESERTA |
12 ORANG |
TUJUAN
Memberi peluang menjana pendapatan sampingan secara digital mahupun bukan digital.
AKTIVITI
Memberi taklimat asas erezeki dan membuat pendaftaran sebagai ahli erezeki sebelum memulakan aktiviti kerja sampingan. Selain itu juga, memberi penerangan platform-platform rakan kongsi erezeki yang dipercayai dan berdaftar dengan pihak Erezeki. Seramai 12 orang dari peserta Amanah Ikhtiar Kg Pantai, Kuala Besut. Kerjasama dilakukan antara Pi1m Seberang Jerteh, Pi1m Kg Jabi dan Pi1m Kg Pantai.