PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI SIRI 3 2017

TARIKH

 17 & 18 NOVEMBER 2017

MASA

 9.30 - 3.30 PETANG

LOKASI

 PI1M KG JABI

PESERTA

46 ORANG

 

IMG 4588 IMG 4623

 

TUJUAN

Memperkenalkan dan mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Program ini banyak membantu memberi kemudahan kepada komuniti serta pengunjung Pusat Internet 1Malaysia( PI1M). Antara kemudahan yang terdapat dalam Dashboard Komuniti ini termasuklah My Health, My Shop, My Place, My Soal, My Komuniti dan My Skool. Kemudahan yang terdapat didalam Dashboard ini masih ramai yang tidak mengetahui serta tidak tahu cara menggunakan Dashbaord Komuniti ini.

 

AKTIVITI

Pendaftaran dibuat melalui staff PI1M beserta dengan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang hadir iaitu dengan menggunakan modul My Health. Seterusnya diikuti dengan program MY Soal dan My Komuniti. Disini pengunjung boleh membuat pengumuman umum kepada warga komuniti setempat dengan menggunkan modul My Komuniti. Segala bentuk penyebaran maklumat hanya melalui posting di My Komuniti tanpa perlu keluar untuk membuat hebahan maklumat. Pengunjung juga diberi taklimat tentang My Soal bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah didaftarkan. My Soal bertujuan untuk membuat sebarang aduan atau penambahbaikan kepada PBT setempat. Tidak terkecuali kepada ahli perniagaan atau yang berminat untuk menjalankan perniagaan, My Shop merupakan kaedah yang paling selamat dan dipercayai untuk membuat sebarang pengiklanan produk atau perkhidmatan tanpa kos bayaran yang tersembunyi.Selain itu, kita juga turut menyediakan pertandingan gubahan tuala yang disediakan oleh pihak PI1M. Seramai 36 orang peserta yang terlibat iaitu dari Persatuan Ibu Tunggal dan Puteri Wanita. Program ini diadakan selama 2 hari dimana pada hari kedua, peserta seramai 10 orang iaitu terdiri daripada kanak-kanak. Aktiviti untuk kanak-kanak yang dijalanakn termasuklah My Health,aktiviti Maze, aktiviti Puzzle, dan pertandingan Kahoot. Semua mendapat sambutan yang menggalakan serta memberi kerjasama dengan baik.