TARIKH : 09 MAC 2018 MASA : 10.00 - 12.00 TENGAHARI LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 12 ORANG |
TUJUAN
Memberi bantuan carian maklumat melalui e-pembelajaran kepada komuniti setempat dan juga pelajar. Kaedah e-pembelajaran amatlah menggalakkan pada masa kini kerana ia terlalu pantas untuk mendapatkan maklumat. Melahirkan pelajar yang celik IT dan serba boleh.
AKTIVITI
Keadah E-pembelajaran memberi impak yang sangat baik kepada pelajar kerana ia merangkumi penggunaan video, audio dan visual. Keadah ini juga hanya dihujung jari dan ia akan memberi gambaran secara menyeluruh serta lebih cepat untuk difahami terutama kepada pelajar. Pelajar juga menggunakan kaedah menaip melalui penggunaan Microsoft Office dan membuat suntingan imej melalui Microsoft Word. Selain menggunakan 'Copy & Paste' mereka juga diajar untuk 'crop' dan membuat suntingan imej agar imej lebih menarik untuk dimasukkan ke dalam laporan tugasan agar ia lebih kemas dan tersusun. Pelajar ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kg Jabi dan mereka sering membuat tugasan secara berkumpulan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>