TARIKH : 20 MAC 2018 MASA : 3.00 - 5.30 PETANG LOKASI : PI1M KG JABI PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
Memberi peluang dan ruang kepada komuniti untuk bersosial dilaman sosial dengan cara yang betul iaitu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan saudara mara melalui penggunaan laman Facebook. Selain itu, memberi kemudahan untuk membuat promosi produk jualan atau untuk menjalankan perniagaan secara atas talian.
AKTIVITI
Peserta diajar cara pendaftaran Akaun Facebook. Tujuan Akaun Facebook dibuka untuk menambahkan lagi rakan kenalan sedia ada untuk merapatkan jurang digital. Mereka juga diberi taklimat tentang Dashboard Komuniti iaitu membuat pengumuman melalui modul My Komuniti. Dengan ini secara tidak langsung, komuniti setempat dapat mengetahui maklumat yang disampaikan kepada umum.
- Seterusnya
- Seterusnya >>