TARIKH : 28 OGOS 2018 MASA : 9.00 - 11.00 PAGI LOKASI : PERKARANGAN MASJID KG JABI PESERTA : 23 ORANG |
TUJUAN
Melalui aktiviti ini, semua warga sekolah mahupun pihak PDK akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan lebih menghargai kemudahan-kemudahan seperti alat pemadam api yang disediakan. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar cara menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran.
AKTIVITI
Ketibaan anggota bomba dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Jerteh, Terengganu untuk membuat demonstrasi kebakaran api, sebelum itu pelajar PDK bersama guru dan kakitangan turut berhimpun di perkarangan Masjid Kg Jabi bagi mengenal komponen-komponen utama alat pemadan api yang ditunjukkan oleh anggota bomba. Antara langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memadam api ialah:-
Langkah 1 – Halakan nozel pemadam api ke punca api dan pastikan kedudukan tidak melawan arah tiupan angin.
Langkah 2 – Lepaskan pin keselamatan dan tekan pemicu alat pemadam api ke bawah untuk melepaskan serbuk semburan.
Langkah 3 – Hayunkan semburan kekiri dan kekanan bagi memastikan api dapat dipadamkan dalam masa yang singkat.
Peserta yang terlibat seramai 23 orang dan latihan kebakaran bermula jam 9.00 pagi serta berakhir jam 11.00 pagi.
- Seterusnya
- Seterusnya >>