TARIKH : 04 OKTOBER 2018 MASA : 9.30 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : SK.TEMBILA PESERTA : 48 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang penggunaan internet disekolah untuk tujuan tugasan sekolah dan pendedahn celik it kepada pelajar. Selain itu, memberitahu kemudahan yang disediakan di Pusat Internet untuk kemudahan komuniti setempat dan pelajar.
AKTIVITI
Program ini bermula jam 9.30 pagi dan diakhiri jam 12.30 tengahari bersama 48 orang pelajar. Sebelum memulakan program ini, petugas PI memberi taklimat kemudahan yang disediakan di Pusat Internet, Klik Dengan Bijak(KDB) dan Dashboard Komuniti(DK). Pelbagai aktiviti kuiz yang disediakan untuk pelajar antaranya ialah Kuiz Teka Silang Kata DK, Kuiz KDB - Cari Perkataan Tersembunyi, Kuiz Peralatan Komputer, KDB, Musang Berjanggut dan Puzzle Manual DK. Seterusnya Latihan Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi iaitu Microsoft Office & Suntingan Imej turut diajar kepada pada pelajar yang terlibat.