TARIKH : 25 JUN 2019 MASA : 2.30 - 5.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan cara penggunaan internet untuk tujuan memudahkan penyelesaian pembayaran secara online atau melakukan tugas secara online. MyEG merupakan syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pembaharuan cukai jalan, pemeriksaan saman PDRM, pembayaran zakat, dan banyak lagi.
AKTIVITI
Memberi taklimat cara penggunaan internet kepada peserta yang terdiri daripada lepasan sekolah dan komuniti. Peserta bekas pelajar diberi tunjuk ajar untuk membuat resume dengan betul berpandukan template resume yang dibekalkan dalam sumber Google. Hal ini penting untuk dilakukan dengan betul kerana setiap pekerjaan yang ingin dipohon memerlukan maklumat diri yang dibuat melalui resume. Selain itu, seorang komuniti wanita telah diajar untuk mendaftar akaun MyEG untuk mengakses perkhidmatan dari syarikat tersebut. Jadi, perkara ini akan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Internet kepada komuniti.
- Seterusnya
- Seterusnya >>