TARIKH : 07 OGOS 2019 MASA : 2.30 - 5.30 petang LOKASI : PUSAT INTERNET JABI PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar dan para lepasan pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui email.
Aktiviti
Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari maklumat tugasan sekolah turut diajar menggunakan google search engine supaya senang untuk mencari maklumat. Komuniti yang mengunjungi PI Kg Jabi ingin mencetak dokumen dari whatsapp di ajar membuka whatsapp web pada pc dekstop dan mencetak direct daripada pc tersebut.