TARIKH : 21 OGOS 2019 MASA : 2.30 - 5.30 petang LOKASI : PUSAT INTERNET KG JABI PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
E-pembelajaran yang dilakukan di Pusat Internet Kg Jabi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada komuniti serta pelajar tentang kemodenan IT dan ICT pada masa kini yang boleh membantu mereka untuk mengenali dunia perniagaan secara online dan penggunaan youtube sebagai panduan pembelajaran.
Aktiviti
Pelajar yang menghadiri kelas e-pembelajaran membuka google maps seperti yang diajar oleh petugas PI dan mencari peta yang mereka inginkan. Para pelajar pada masa kini perlu celik IT dan ICT kerana mereka perlu membuat tugasan sekolah dengan melayari internet. Selain itu, mereka juga diajar menggunakan whatsapp web untuk memudahkan urusan pemindahan dokumen dan pencetakan keluar. Petugas Pusat Internet juga mengenalkan dan mempromosikan MYTV kepada komuniti dimana ianya ialah sistem siaran analog yang ditukarkan kepada sistem siaran digital. MyTV mempunyai jumlah 19 siaran.