TARIKH : 12 SEPTEMBER 2019 MASA : 3.00 - 4.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas pembelajaran ini dilakukan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, petugas PI juga memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk mengenali perkakasan komputer yang sering digunakan di dalam Pusat Internet.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan di dalam bilik latihan di mana terdapat 7 orang pelajar sekolah rendah yang menyertai kuiz ini. Kuiz tersebut di lakukan secara online dengan tinjauan dan pemerhatian petugas. Sesetengah pelajar masih belum mengenali perkakasan komputer tersebut walaupun sering digunakan. namun setelah diterangkan tentang pengenalan perkakasan komputer, mereka lebih faham tentang fungsi perkakasan tersebut.
- Seterusnya
- Seterusnya >>