TARIKH : 18 OKTOBER 2019 MASA : 9.30 - 11.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Untuk mempelajari cara-cara menjawab soalan peperiksaan SPA secara atas talian dan menyiapkan tugasan sekolah dengan mencari maklumat secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberitahu komuniti yang ingin menghadapi peperiksaan SPA tentang cara-cara menjawab peperiksaan SPA secara atas talian dan memberi peringatan untuk mematuhi masa yang ditetapkan. Peserta berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga telah membawa peralatan seperti kalkulator untuk menjawab soalan pengiraan. Selain itu, dua orang pelajar tingkatan 4 mencari maklumat mengenai tugasan Matapelajaran Geografi dan mencetak keluar maklumat tersebut.