TARIKH : 19 MARCH 2023 |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang celik IT dan sentiasa mterdedah dengan maklumat terkini serta mengambil tahu mengenai perkembangan isu semasa.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka laman web rasmi i-bantuan Terengganu dan memilih borang yang betul untuk diisi iaitu Permohonan Bantuan Lesen. Pengunjung merupakan seorang remaja yang tidak bekerja dan sudah tamt belajar. Beliau berjaya mengisi borang-borang secara atas talian dan mencetak keluar.
TARIKH : 17 MARCH 2023 |
Tujuan
Melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet, laman web atau portal tanpa bantuan orang lain.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara mengisi SPA secara atas talian dengan mencari portal atau website yang tepat. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh pengisian sesuatu permohonan. Peserta berjaya menjawab ujian PSEE bagi jawatan Penolog Pegawai Penerangan S29.
TARIKH : 15 MARCH 2023 |
TUJUAN
Melahirkan komuniti dan bekas pelajar yang berkemahiran tinggi untuk menggunakan internet dan mencari website atau portal tanpa bantuan orang lain.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara pelajar cara untuk mengisi permohonan UPU atas talian dengan mencari website dan portal yang tepat. Petugas juga mengajar pelajar cara pengisian permohonan atas talian dengan betul untuk mematikan tiada maklumat yang tercicir dan tanpa perlu membuang masa. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh bagi pengisian sesuatu permohonan.
TARIKH : 16 MARCH 2023 |
Tujuan
Untuk melahirkan komuniti yang peka dengan aplikasi secara website menggunakan komputer.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web dengan scan bar code dan pengunjung berjaya mencetak keluar dokumen dari aplikasi tersebut secara atas talian menggunakan komputer.
TARIKH : 07 MARCH 2023 |
TUJUAN
Untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang dapat menjana pendapatan melalui perniagaan di platform perdagangan Shopee.
AKTIVITI
Seramai 10 orang peserta dan 3 orang pengajar yang menyertai kelas tersebut. Pengajar tersebut merupakan Rakan Digital dari PEDi Kg Jabi, Pedi Kg Alor Lintang, dan PEDi Kg Pasir Akar, manakal peserta yang hadir merupakan dari kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kelas tersebut diadakan secara percuma gabungan antara Rakan Digital dengan AIM Setiu. Peserta diajar dengan lebih mengenai cara membuat menjana pendapatan melalui platfrm perdagangan Shopee, iaitu membuat kedai Shopee, cara-cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee dan sebagainya.