T2

PM

 

 

photo 2022 01 23 10 46 08

 

 

Tujuan

Untuk mempelajari cara-cara membuat permohonan bantuan MAIDAM bagi permohonan bantuan bulanan secara atas talian.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada komuniti yang ingin memohon bantuan MAIDAM tentang maklumat yang diperlukan dan cara-cara untuk mengisi permohonan bantuan MAIDAM secara atas talian dengan lengkap. Komuniti yang mengisi borang tersebut dapat membuat permohonan dan mengemaskini bantuan MAIDAM dengan baik serta mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

 

Gambar Seterusnya


 

T2

AM

 

 

photo 2022 01 23 10 36 59

 

 

Tujuan 

Supaya pelajar lebih cekap menggunakan asas teknologi maklumat pada masa kini.

 

Aktiviti 

Pengunjung adalah pelajar. Beliau perlu memasukkan butiran peribadi ke dalam dokumen berbentuk pdf dan menghantar semula melalui aplikasi gmail. Jadi, petugas pusat internet telah mengajar beliau menukarkan format pdf ke word untuk memudahkan beliau menyimpan menulis dan menaip butiran ke dalam dokumen tersebut. Convert dokumen menggunakan website https://smallpdf.com .

 

Gambar Seterusnya


 

 

T2

AM

 

 

photo 2022 01 23 10 32 31

 

 

Tujuan 

Mempelajari cara-cara log masuk email lama yang terlupa kata laluan.

 

Aktiviti

Bagi yang telah mempunya email tetapi terlupa kata laluan, mereka juga turut diberi tunjuk ajar cara membuat semula kata laluan baru. Selain itu beliau juga mencetak keluar dokumen tugasan sekolah melalui aplikasi whatsapp. Beliau berjaya mengaktifkan semula akaun gmail lama.

 

Gambar Seterusnya


 

T2

PM

 

 

photo 2022 01 23 10 34 13

 

 

TUJUAN

Melahirkan pelajar yang mahir menggunakan internet dan search engine. Bantuan diberikan bagi menggalakkan pelajar sentiasa menggunakan internet sebagai asas untuk tujuan harian dan menyelesaikan tugasan sekolah.

AKTIVITI

Pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan 4 menggunakan komputer untuk mencari artikel yang berkaitan dengan tugasan kerja kursus beliau. Pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas pusat internet cara-cara untuk memuat turun gambar dan artikel yang berkaitan dengan tugasan sekolahnya. Beliau turut diajar mempelajari asas Microsoft Word di mana tugasan sekolahnya memerlukan beliau menaip dan mencetak. Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar cara membuat suntingan imej  dan cara membuat karangan yang betul menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Seterusnya


 

T2

PM

 

 

photo 2022 01 23 10 30 43

 

 

Tujuan

Tujuan kelas asas teknologi maklumat dan komunikasi diadakan di Pusat Internet Kg Jabi adalah untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar dan para lepasan pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT.

 

Aktiviti

Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, pelajar sekolah yang ingin mencari maklumat tugasan sekolah turut diajar menggunakan google search engine supaya senang untuk mencari maklumat. Pelajar menggunakan microsoft word untuk membuat tugasan kerja kursus tingkatan 5.

 

Gambar Seterusnya