TARIKH       : 14 NOVEMBER 2020  

 MASA         : 4.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 11 23 09 51 04

 

Tujuan

Untuk mempuk dan menambah pengetahuan kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari ilmu IT dan ICT untuk memperoleh maklumat mengenai pelajaran secara atas talian serta menghantar dokumen melalui email.

Aktiviti

Pelajar sekolah yang ingin menghantar dokumen untuk membuka akaun gmail baharu dan memudahkan untuk proses menghantar dan menerima dokumen daripada mana-mana sumber. Selain itu, pelajar sekolah yang ingin membuat tugasan sekolah turut diajar cara-cara menggunakan Microsoft Word untuk menaip tugasan. 

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 12 NOVEMBER 2020  

 MASA         : 3.00 - 5.00 PETANG

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 11 23 09 50 15

 

 

TUJUAN

Untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai it serta mahir dalam penggunaan komputer dan internet kepada komuniti dan pengunjung Pusat Internet.

AKTIVITI

Petugas memberikan tunjuk ajar cara-cara membuka whatsapp web kepada pengguna yang ingin mencetak keluar dokumen daripada aplikasi whatsapp tersebut dengan "scan" whatsapp tersebut pada website whatsapp tersebut. Seterusnya, petugas mengajar untuk memuat turun dokumen daripada whatsapp tersebut serta mengajar cara-cara log keluar whatsapp web. Selain itu, petugas juga memberikan cara-cara mengedit tugasan melalui whatsapp dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 07 NOVEMBER 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : DEWAN MPKK RENEK

 PESERTA   : 27 ORANG

 

photo 2020 11 23 09 52 06

 

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang sntiasa ambil tahu mengenai perubahan keadaan sekeliling di samping memberi kesedaran tentang kepentingan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti 

Petugas mendapat jemputan daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu  untuk memngadakan taklimat Klik Dengan Bijak. Program tersebut disertai oleh 26 orang penduduk yang terpilih dengan penjagaan jarak untuk mematuhi SOP. Taklimat tersebut berjalan lancar dan penduduk faham mengenai kepentingan klik dengan bijak.

Pada sebelah petang, seorang komuniti diajar cara-cara untuk mencari google maps bagi lokasi yang diingini untuk tujuan tugasan sekolah. Petugas memberi tunjuk ajar dan beliau berjaya mencari lokasi yang diingini.

 

Gambar Disini

TARIKH       : 10 NOVEMBER 2020  

 MASA         : 11.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 11 23 09 49 26

 

 

Tujuan

Untuk membantu penerima BSH yang mempunyai sakit kronik mengisi bantuan MySalam.

Aktiviti

Petugas membantu seorang pngunjung yang ingin mengisi bantuan penyakit kronik MySalam dan beliau berjaya mengisi borang tersebut. Beliau mengisi borang tersebut untuk tujuan memohon bantuan bagi ibu beliau yang sedang menghidap penyakit kronik dan sering ke hospital.

 

Gambar Disini


 

TARIKH       : 05 NOVEMBER 2020  

 MASA         : 10.00 - 12.00 TENGAHARI

 LOKASI      : PI KG JABI

 PESERTA   : 1 ORANG

 

 

photo 2020 11 23 09 51 59

 

Tujuan 

Melahirkan komuniti yang sentiasa peka dengan maklumat pekerjaan secara atas talian.

Aktiviti 

Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara memasuki laman web SPA untuk menjawab peperiksaan secara atas talian. Dengan menggunakan gmail beliau dapat mengakses peperiksaan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Beliau juga didedahkan dengan perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan tamat tempoh pengisian sesuatu permohonan.

 

Gambar Disini