Nama

Annuraina Farhana Binti Kamal

Umur 10 Tahun
Ahli 28 Ogos 2020

 

 

photo 2020 09 21 14 53 01

 

Latar belakang

Annuraina Farhana Binti Kamal merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jabi tahun 4. Annuraina Farhana Binti Kamal merupakan anak ke-empat dan mempunyai tujuh orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Melaka dan  dibesarkan di Kg Tambak Paya, Melaka. Sebelum ini , beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jabi bermula tahun 2019 atas urusan keluarga. Bapanya Kamal Bin Mat Jais merupakan seorang buruh manakala ibunya Rosidah Binti Mat Amin merupakan seorang tukang masak di Restoran Satay Terkenal di Jabi, Terengganu. Annuraina Farhana merupakan seorang yang kanak-kanak yang aktif serta berdaya saing di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Annuraina Farhana menyertai pertandingan Lumba Lari peringkat sekolah dan mendapat tempat ke-dua. Selain itu, beliau junga menyertai pertandingan kouir peringkat daerah dan mendapat Saguhati. Beliau seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui serta mendalami ilmu pelayaran online dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam menonton aplikasi Youtube dan bermain game secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Annuraina Farhana Binti Kamal tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya kerana beliau hanya biasa menggunakan telefon untuk melayari internet. Namun dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan telefon dan internet namun masih belum menguasai penggunaan komputer. Annuraina Farhana tidak pernah mengunjungi Pusat Internet kerana beliau tidak mengetahui tentang pusat internet. Namun, Annuraina Farhana sangat berminat menerokai ilmu berkaitan teknologi maklumat. Dan beliau hanya menggunakan telefon untuk menerokai ilmu tersebut sebelum penglibatan dalam pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Annuraina Farhana mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Annuraina Farhana sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet yang merupakan ibu saudara beliau untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Annuraina Farhana menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Annuraina Farhana dalam dunia fesyen dan kecantikan, beliau sering mencuba untuk membuat design melalui aplikasi Canva yang diajar oleh petugas Pusat Internet.

 

photo 2020 09 21 14 53 10