FARISHA.jpg

 

Latar belakang

Nurul Farisha Bt Muhammad Ghani  merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Renek, tahun 6. Nurul Farisha Bt Muhammad Ghani merupakan anak bongsu dan mempunyai 5 orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan  dibesarkan di Kg Renek, Besut, Terengganu.  Bapanya Muhammad Ghani merupakan seorang buruh manakala ibunya Roslina seorang suri rumah sepenuh masa. Nurul Farisha merupakan seorang yang kanak-kanak yang aktif serta berdaya saing di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Nurul Farisha selalu mewakili sekolah untuk pertandingan akedemik mahupun sukan. Beliau seorang pelajar yang sentiasa ingin mengetahui serta mendalami ilmu pelayaran online dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam menonton aplikasi Youtube dan bermain game secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Nurul Farisha tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya kerana beliau hanya biasa menggunakan telefon untuk melayari internet. Namun dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan telefon dan internet namun masih belum menguasai penggunaan komputer. Namun, Nurul Farisha sangat berminat menerokai ilmu berkaitan teknologi maklumat. Dan beliau hanya menggunakan telefon untuk menerokai ilmu tersebut sebelum penglibatan dalam pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nurul Farisha mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Nurul Farisha sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Nurul Farisha menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.

 

F