azam

 

Latar belakang

Amirnur Azam Bin Mohd merupakan seorang pekerja Swasta di Kuala Lumpur sebelum ini. Merupakan anak ke-3 dari 4 adik beradik. Ayah kandung beliau telah meninggal dunia manakala ibunya menguruskan perniagaan beras bersama bapa tirinya. Amirnur Azam Bin Mohd telah pulang ke kampung halaman sejak jun lalu berikutan beliau hilang pekerjaan akibat Covid-19 yang melanda seluruh negara kini.  Berusia 25 tahun, dan seorang yang kurang minat menceburi bidang bisnes. Namun, atas sokongan ibunya dan atas alasan untuk menampung kehidupan beliau sendiri, dia memulakan bisnes dengan membuka gerai burger berhadapan rumahnya.  Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan usahanya, gerai burger yang dijual kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Seterusnya, beliau cuba menjadikan Facebook sebagai platform perniagaannya selain jualan secara langsung iaitu COD. Dengan berbekalkan modal hasil duit simpanan serta pemberian oleh ibunya, Amirnur Azam Bin Mohd memilih untuk menjadikan gerainya lebih besar dan mempelbagaikan jenis burger untuk pilihan pelanggan. Minat berniaga semakin tinggi dan selain itu tujuan utama berniaga adalah untuk menampung kos hidupnya setelah kehilangan pekerjaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada orang yang singgah di gerainya sahaja serta kenalan terdekat. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 500 hingga RM 1000 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan bisnes di Pusat Internet, Amirnur Azam menggunakan media social Facebook sebagai tempat mempromosikan jualannya. Amirnur Azam juga menggunakan saluran wassap untuk mempromosi produk jualannya. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui ibunya sendiri dan google serta menghadiri kelas percuma bersama guru online.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 1500 – RM 2000

 

aza