Q

 

 

Latar belakang

           Puan Nor Salawati Binti Ab Rasid merupakan seorang seorang guru di Sekolah Rendah Permaisuri, Setiu dan berasal dari Kg Jabi. Beliau berumur 41 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Beliau sebelum ini seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jabi namun perlu bertukar ke Sekolah Kebangsaan Permaisuri atas sebab-sebab tertentu. Beliau dating ke PEDi Kg Jabi untuk membuat carian mengenai tugasan beliau sebagai seorang guru serta mencari maklumat untuk rujukan tugasan. Beliau sederhana mahir dalam penggunaan computer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang. Hal ini kerana, tugas beliau sebagai seorang guru perlu mahir dalam penggunaan computer dan teknologi maklumat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Puan Nor Salawati hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan kerja harian di sekolah. Biasanya kerja melibatkan komputer, beliau akan meminta bantuan guru-guru lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi, Puan Nor Salawati semakin mahir serta cekap dalam menggunakan computer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau perlukan bantuan dalam penggunaan computer dan pencarian maklumat tugasan kerja sebagai guru. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas PEDi jika terdapat permasalahan dalam penggunaan computer. Dengan kecekalan semangat beliau sebagai seorang guru dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini beliau makin mahir dalam penggunaan komputer dan internet seterusnya dapat menguasai pelbagai bidang computer secara meluas.