E

 

 

Latar belakang

           Puan Kurniati Binti Rakib merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Beliau berasal daripada Sabah dan telah berkahwin dengan suami beliau yang berasal dari Kampung Tokdor, Besut, Terengganu. Beliau sangat mengambil tahu perihal Pendidikan anak-anak. Beliau berumur 43 tahun. Suami beliau merupakan seorang pesara tentera.  Beliau sering mengunjungi ke PEDi Kg Jabi bersama anak-anak beliau untuk membuat carian mengenai tugasan sekolah anak-anak. beliau Beliau dan anak-anak sederhana mahir dalam penggunaan computer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Puan Kurniati hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan komputer untuk urusan tugasan sekolah anak-anak.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi, Puan Kurniati semakin mahir serta cekap dalam menggunakan computer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau dan anak-anak memerlukan computer untuk pencarian tugasan sekolah anak-anak. Beliau dan anak-anak sentiasa meminta pertolongan dari petugas PEDi jika terdapat permasalahan dalam penggunaan computer. Dengan kerajinan beliau mengunjungi PEDi Kg Jabi, Pn Kurniati dan anak-anak semakin mahir menggunakan computer dalam pencarian tugasan sekolah serta pengisian boring secara atasa talian tanpa memerlukan pemantauan dari petugas PEDi Kg Jabi.