USAHAWAN KECIL PERKHIDMATAN BRIDAL

Nama

Ummi Saffiyah Bt Mohd Nazari

Umur

22 Tahun

Ahli

2014

 

18118617 1306262286088165 1833321656913268914 n

Latar Belakang

Ummi Saffiyah Bt Mohd Nazari merupakan belia, lepasan sijil. Berasal dari keluarga yang sederhana dimana ayahnya telah meninggal 4 tahun lepas. Terdiri dari 6 orang adik-beradik dan ummi anak ke 4. Lulusan sijil perniagaan UITM Dungun. Oleh kerana payah untuk mendapatkan pekerjaan tetap, ummi berjinak-jinak dengan dunia bridal. Bermula dengan pembantu bridal selama 3 tahun, ummi tekad memulakan perniagaan sendiri berbekalkan minat dan kemahiran yang ada dengan modal kecil, ummi memulakan perniagaan sendiri iaitu Ummi Bridal dengan  bantuan adik-beradik yang telah bertapak hampir setahun. Tidak susah untuk mencari pelanggan kerana ummi telah ada pelanggan tersendiri, cuma ummi perlu banyyakkan promosi untuk memperkenalkan perniagaan bridal miliknya.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Kalau sebelum ini pendapatan perkhidmatan yang disediakan hanya untuk cukup pusingan modal. Pendapatan yang diperolehi sebelum ini hanyalah RM1000 – RM1500 untuk semusim perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Jabi, beliau kini mempunyai akaun facebook, WhatsApp dan yang menjadi tunjang utama adalah Facebook.

Pendapatan kini dalam RM 2000.00 – RM 3000.00 setelah tolak modal dan kos lain-lain.

 

60