USAHAWAN KECIL PAKAIAN DAN BARANGAN SERBANEKA

Nama

Amirul Syafiq Bin Mahamad

Umur

24 Tahun

Ahli

2017

 

IMG 4410

Latar Belakang

Amirul Syafiq Bin Mahamad merupakan lepasan graduan dalam bidang Syraiat Islam dari luar negara iaitu Jordan. Beliau juga berasal dari Kg Kuala Kubang, Jabi Jerteh Terengganu.Oleh sebab kekangan dalam mencari peluang kerja pada zaman ini, beliau bersama rakan nekad untuk menjalankan perniagaan. Atas kesepakatan bersama rakan kongsi beliau memulakan perniagaan barangan serbaneka dan pakaian dengan harga yang mampu dimiliki setiap orang.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan beliau kerap mengunjungi Pusat Internet (PI) untuk mempelajari teknik-teknik penguasaan pemasaran, langkah-langkah memulakan pernigaaan dan selok belok perniagaan serta rancangan perniagaan. Pendapatan yang beliau perolehi dalam sehari berjumlah RM500 sehingga Rm1000.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mengenali Pusat Internet, beliau banyak mempelajari terutama teknik penggunaan IT Teknologi,Asas Keusahawanan dan cara pasarkan produk dengan lebih tepat dan terperinci. Dengan ilmu yang ada, beliau nekad untuk memulakan pernigaan tersebut bersama rakan kongsinya.Walaupun masih baru memulakan pernigaan, tetapi beliau mendapat sambutan yang hebat dan pulangan yang berlipat ganda dari sebelum ini.

Pendapatan yang beliau perolehi dalam sehari RM1000 – RM2000 dan dalam sebulan mereka memperolehi Rm15,000.00 sehingga RM20,000.00 kerana premis mereka sentiasa buka walaupun hari cuti.

59