• KEMAHIRAN  DALAM MICROSOF WORD, EXCEL,EXCESS,

POWER POINT & PENGGUNAAN INTERNET

Nama

Muhammad Firdaus Bin Md Nor

Umur

14 Tahun

Ahli

2017

 

Muhammad Firdaus

 

Latar Belakang

Muhammad Firdaus Bin Md Nor merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Setiu, berumur 14 Tahun atau berada di Tingkatan Dua. Beliau berasal dari Pekan Jabi, Jerteh, Terengganu. Hobi beliau bermain komputer dan menonton Televisyen. Beliau juga gemar bersukan dan sukan yang diceburi adalah permainan Rugby. Oleh disebabkan hobi beliau bermain komputer, beliau suka dan minat dalam melayari internet iaitu Facebook, YouTube, Google Search untuk carian maklumat bagi menyiapkan tugasan sekolah dan pengetahuan Am. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet (PI) Kg Jabi pada hujung minggu bagi mengisi masa lapang ketika balik dari cuti asrama.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan ICT di PI, beliau tidak bergaul dengan rakan-rakan yang lain kerana beliau merupakan seorang pendiam dan juga beliau tidak mempunyai akaun laman sesawang dimedia sosial. Tahap kepenggunaan komputer dan internet juga ditahap yang rendah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Kini beliau sudah mula bergaul dengan semua kenalan kunjungan di PI. Penguasaan terhadap penggunaan internet dan dan komputer juga semakin menyerlah kerana semasa membuat tugasan sekolah beliau sering bertanya dengan rakan-rakan serta staf PI memberi tunjuk ajar.Beliau juga mulai menguasai penggunaan Bahasa Inggeris melalui Google Translate dan penggunaan internet. Segala tugasan dan carian maklumat menjadi dengan lebih mudah dan lancar dengan kebijaksanaan penggunaan internet dan komputer.

 

Firdaus