USAHAWAN IBU TUNGGAL - PERNIAGAAN MINYAK WANGI

Nama

Puan Shaila Harun 

Umur

 49 Tahun

Ahli

2017

 

IMG 5148

 

Latar belakang

Puan Shaila Harun merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 4 orang anak. Beliau membesarkan anak-anak dengan hasil penjualan perniagaan yang dijalankan. Selain itu, beliau juga mempunyai 2 unit kedai yang disewa untuk rutin operasi harian perniagaan iaitu kedai jahit dan juga kedai penapis air jenama terkemuka iaitu Cuckoo. Kedua-dua kedai ini diurus oleh anak beliau sendri kerana mereka telah tamat belajar dan turut menyambung legasi perniagaan ibu mereka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir dalam menggunakan kecanggihan teknologi telefon pintar dan menggunakan komputer.

Pendapatan dalam sehari antara RM100 – RM 300

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan bersama PI beliau sudah mahir menggunakan aplikasi wassap dan penggunaan komputer dan internet. Beliau seringkali membawa anak- anak bersama untuk belajar benda yang baharu. Beliau juga sudah pandai dalam menggunakan komputer dan juga membuat saluran baharu promosi produk mereka iaitu melalui aplikasi Dashboard Komuniti.

Pendapatan yang diperolehi sehari antara RM300 – RM600

 

byharum