USAHAWAN PRODUK KESIHATAN DURIAN BELANDA

 Nama    : Ahmad Taufiq Talib 

 Umur     : 25 tahun

 Ahli        : 2018

 

 taufiq

 

Latar Belakang

Ahmad Taufiq Talib merupakan seorang graduan daripada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institut Of Industrial Technology (UNIKL MITEC) Johor Bahru yang mengambil jurusan Engineering merupakan anak jati Kerandang yang tidak memiliki apa-apa ilmu dalam bidang perniagaan. Menurut beliau,walaupun bidang keusahawanan jauh menyimpang daripada bidang pengajiannya, namun sejak menuntut di universiti lagi, beliau amat berminat untuk menceburi pelbagai jenis perniagaan.

Disebabkan itu, selesai mengikuti pengajian di UNIKL, beliau mengorak langkah dengan mencuba perniagaan pertamanya bersama rakan kongsi beliau bernama Mohd Naqib Ab Rahman dengan menjual produk minuman kesihatan iaitu Durian Belanda pada Januari 2017 secara atas talian . Sambutan yang diperolehi amat menggalakkan kerana durian belanda dipercayai mampu merawat kanser, dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik. Beliau memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan sebanyak RM250 ringgit sahaja bagi mengambil stok jus minuman kesihatan yang diperolehi daripada pengedar di daerah Besut.

Antara produk yang laris dijual oleh beliau ialah seperti minuman, jem dan puri durian belanda, serbuk serta buah durian belanda yang dijual secara langsung dengan kaedah membuka gerai di pinggir-pinggir jalan sahaja .

Nama Label Durian Belanda : Frozen Durian Belanda, SourSoup Durian Belanda, diatas label Durian BelaNDA Besut. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, dan hadir ke program bimbingan usahawan di PI Kg Jabi, menurutnya lagi, walaupun beliau adalah seorang pelajar universiti, namun ilmu keusahawanan yang diperolehi secara atas talian adalah amat terhad kerana sikapnya yang malu bertanya dan tidak mempunyai rakan yang arif mengenai kaedah pemasaran melalui atas talian. Malahan strategi pemasaran atau penjualan produknya lebih banyak melalui jualan secara langsung sahaja. Antara purata pendapatan En Taufiq menjual secara langsung adalah sekitar RM150 sahaja walaupun bermodalkan RM250 dan tidak membawa keuntungan kepada beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di PI Kg Jabi yang di ikutinya secara berterusan, beliau telah berjaya mencipta laman web atau halamannya sendiri untuk tujuan pemasaran produk secara atas talian. Halaman Facebook yang dicipta tersebut  berjaya meningkatkan jumlah pelanggan meskipun hanya berniaga secara atas talian. Pendapatan kasar bertambah dua kali ganda daripada biasa iaitu sebanyak RM500 - RM3000 sebulan.

 

     fb durian belanda    16730568 129306204254530 5599550777543895054 n