SUNTINGAN IMEJ, MICROSOFT WORD & BELAJAR INTERNET

 Nama    : Nur Aliya Zafirah Bt Kamaruddin 

 Umur     :12 tahun

  Ahli       : 2016

 

IMG 5164

 

Latar Belakang

Nur Aliya Zafirah Bt Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 12 Tahun. Beliau merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan 1 orang lelaki dan dilahirkan di Hospital Selayang dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Kamaruddin Bin Majid bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Siti Lily Suriani Bt Mustafa bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak. Beliau seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dalam persatuan dan sukan bola jaring peringkat sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Zafirah tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya. Namun dengan keberanian dan sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini beliau mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab beliau cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Beliau sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan beliau akan ke PI untuk mencari maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, beliau sudah pandai menggunakan Microsoft Word dan membuat suntingan imej dengan menggunakan Microsoft Word. Beliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia internet melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan beliau menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.