PEMBELAJARAN MICROSOFT WORD & YOUTUBE

Nama    : Nur Izzahtul Safura Bt Adenan 

 Umur     :10 tahun

  Ahli       : 2017

 

izzah safurah 

 

 

Latar Belakang

Nur Izzahtul Safura Bt Adenan merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Jabi yang berusia 10 Tahun. Nur Izzahtul Safura Bt Adenan merupakan anak empat dari lima orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan dibesarkan di Kg Jabi. Bapanya Adenan Bin Nik Mat bekerja sebagai buruh kasar dan ibunya Siti Farida Bt Suhaimi bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak. Nur Izzahtul Safura seorang yang peramah dan sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran. Dia juga seorang yang aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nur Izzahtul Safura seorang pelajar yang langsung tidak tahu apa itu teknologi maklumat apatah lagi menggunakan komputer. Namun dengan keberanian dan keinginan untuk belajar Nur Izzahtul Safura sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kekerapan beliau mengunjungi PI salah satu penyebab Nur Izzahtul Safura cepat mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusianya. Nur Izzahtul Safura sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap petang selepas sesi persekolahan dia akan ke PI untuk mencari maklumat. Tambahan pula, kini segala kerja sekolah memerlukan kemahiran berkomputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh PI, Nur Izzahtul Safura  mahir serta cekap berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya. Nur Izzahtul Safura banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas PI. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas PI membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Nur Izzahtul Safura menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya.