USAHAWAN ONLINE PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN GARAM BULUH

 Nama    : Nor Suzanni Bt Ab Rahman

 Umur     : 33 tahun

  Ahli       : 2017 

 

suzani

 

Latar belakang

Kisah perniagaan Puan Suzanni bermula daripada percubaannya menggunakan sendiri produk keluaran Hai-O marketing untuk merawati sakit-sakit badan yang dialaminya. Apabila melihat keberkesanan daripada penggunaan produk tersebut, beliau semakin yakin bahawa produk tersebut mampu dipasarkan kepada orang-orang sekeliling. Beliau mula memperkenalkan produk garam buluh ini kepada jiran tetangga dan rakan terdekat. ,Malahan ayah beliau iaitu Ab Rahman dan kakaknya yang menghidap barah payudara bernama NorLidawati juga turut menggunakan produk daripada garam buluh dan menampakkan perubahan yang ketara pada tahap kesihatannya. 

Kerjaya sebagai  seorang guru juga memberi satu kelebihan kepada beliau kerana ramai rakan kerja yang seangkatan dengannya mahu mencuba produk tersebut.  Walaubagaimanapun Puan Suzanni juga tidak dapat lari daripada tohmahan orang sekeliling yang mana meragui akan keberhasilan Puan Suzanni untuk memasarkan produknya dengan lebih luas. Berbekalkan semangat yang kental untuk menambahkan pendapatan, Puan Suzanni telah mengambil risiko untuk melaburkan wang sebanyak RM20,000 ringgit kepada syarikat Hai-O dan mendapatkan produk-produk daripada garam buluh tersebut untuk dijual dengan lebih giat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cabaran mula dirasai apabila jualan yang dilakukannya secara “offline”tersebut berkurangan dari hari kehari.  Bermula daripada situ, Puan Suzanni mula mencari cara untuk memasarkan produknya secara online. Beliau mula bergiat aktif di laman social seperti Facebook, dan Instagram, namun tidak tahu cara mengendalikan aplikasi ini untuk tujuan perniagaan.  Beliau mula menghadiri bengkel-bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh TEKUN dan MARA untuk mendapatkan khidmat nasihat termasuklah PI Kg Jabi semenjak dibuka pada 2017.  Usaha yang tidak pernah kenal erti mengalah tersebuut membuahkan hasil apabila produk yang diambil bernilai RM20K tersebut telah habis dijual tidak sampai tiga bulan beliau mempromosikan di laman sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Jabi, kini beliau telah menggunakan kemudahan ICT dengan lebih baik iaitu menggunakan laman sosial facebook secara lebih agresif lagi dengan banyak memuat naik gambar produk-produk yang dijualnya bagi menambah bilangan pelanggan beliau melalui platform atas talian. Beliau belajar cara membuat dua laman Facebook dalam satu masa, menaikkan Followers di Instagram dan melalui Youtube ,

Puan Suzanni memperolehi inspirasi untuk menjadi ahlli perniagaan online dengan lebih berjaya.  Disamping itu, dengan adanya wifi komuniti yang menawarkan kemudahan wifi secara percuma dapat menjimatkan lagi bil penggunaan internet malah meningkatkan pendapatan beliau daripada 400 sehingga 1500 sebulan.

 

page syazani produk syazani