USAHAWAN PENTERNAK KAMBING (PERSENDIRIAN)

 

Nama Azizah Mat Abd Ghani
Umur 61 Tahun
Ahli 2019

 

kmbg

 

 

Latar belakang

Puan Azizah merupakan seorang surirumah pada awalnya yang berniat membantu suami untuk mencari pendapatan keluarga. Kerana minatnya dengan penternakan, beliau telah memelihara beberapa ekor kambing secara suka-suka sahaja. Namun atas inisiatif kerajaan untuk membantu usahawan desa yang memperkenalkan Skim Usahawan Peladang. Daripada situ Puan Azizah mengikuti pelbagai kelas bimbingan dan suntikan modal daripada pihak Peladang, Setiu. Melalui suntikan modal yang diberikan iaitu sebanyak RM20 000. Melalui usaha tersebut, Puan Azizah telah berjaya menambah jumlah penternakan kambingnya sebanyak 60 ekor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azizah mengakui tidak memiliki sebarang ilmu tentang penternakan walaupon mendapat bimbingan daripada pihak Peladang, Puan Azizah menyatakan beliau juga harus mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai haiwan ternakannya dan juga cara untuk menarik pembeli membeli ternakannya secara atas talian.

Pendapatan yang diperolehi sebelum mula belajar mempromosikan di laman sosial tidak begitu lumayan iaitu ternakannya terjual hanya seekor, dua sahaja dengan penadapatan sebanyak RM 800 ke RM1500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Puan Azizah  mulai belajar untuk menggunakan YouTube, belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 1500 ke RM 2500.

 

g 1