Peniaga Air Boba Milk Caramel ( Perkongsian )

 

Nama Shahrul Anwar Bin Shamsul Bahri 
Umur 21 Tahun
Ahli 2019

 

 

 

photo 2019 12 22 11 05 54

 

 

Latar belakang

Encik Shahrul Anwar merupakan seorang lepasan pelajar Politeknik Kota Bharu. Beliau mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Beliau juga masih belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih menunggu graduasi. Kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau telah membuat perkongsian bersama dua orang rakannya untuk menjual air yang trending pada masa terkini iaitu Boba Milk Caramel. Dengan inisiatif perkongsian modal, beliau dan rakan-rakan telah membuka gerai di tepi jalan di kawasan Jabi dan Kg Raja. Encik Shahrul Anwar menjaga gerai di Jabi. Hal ini dapat membantu mereka membuat pendapatan sampingan dan tidak menganggur.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Shahrul Anwar mengakui hanya memiliki sedikit ilmu tentang perniagaan walaupon mendapat bimbingan daripada rakan-rakan yang telah mahir dalam bidang perniagaan, Encik Shahrul Anwar menyatakan beliau juga harus mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai air boba milk dan juga cara untuk menarik pembeli membeli air nya secara atas talian.

Pendapatan yang diperolehi sebelum mula belajar mempromosikan di laman sosial tidak begitu lumayan kerana hanya mengharapkan pembeli yang lalu di kawasan gerainya iaitu dengan penadapatan sebanyak RM 80 ke RM 150 sahaja sehari.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Encik Shahrul Anwar mulai belajar untuk menggunakan YouTube, belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 200 ke RM 350 sehari.

 

photo 2019 12 22 11 05 38