Agent Coway ( Persendirian )

 

Nama Nurul Hashima Binti Ismail
Umur 31 Tahun
Ahli  2018

 

 

photo 2019 12 23 15 57 56

 

Latar belakang

Puan Nurul Hashima merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai minat yang sangat tinggi di dalam bidang perniagaan. Puan Nurul Hashima tealh berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau telah menjadi agent Coway sepenuh masa. Beliau juga sentiasa turut serta dalam kursus perniagaan Coway yang dianjurkan oleh pihak Coway. Dengan inisiatif modal daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Puan Nurul Hashima telah mengambil peralatan Coway untuk tujuan promosi dan pemasangan di rumah pelanggan. Puan Nurul Hashima menjadikan Pasar Malam, CBS dan Sosial Media sebagai platform perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nurul Hashima mengakui sebagai seorang suri rumah sepenuh masa , beliau hanya memiliki sedikit ilmu tentang perniagaan walaupon mendapat bimbingan daripada pihak atasan Coway dan yang telah mahir dalam bidang perniagaan, Puan Nurul Hashima menyatakan beliau juga harus mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai perniagaan secara online dan juga cara untuk menarik pelanggan dan mempromosikan Coway .

Pendapatan yang diperolehi sebelum mula belajar mempromosikan di laman sosial tidak begitu lumayan kerana hanya mempunyai kenalan yang sedikit dengan pendapatan sebanyak RM 800 ke RM 1500 sahaja sebulan.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Puan Nurul Hashima mulai belajar untuk menggunakan YouTube, belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 2500 ke RM 3000 sebulan.

 

photo 2019 12 23 16 09 39           photo 2019 12 23 15 57 55                photo 2019 12 23 16 09 34