Nama Nurul Zahida Bt Mohd Noor
Umur 29 Tahun
Ahli 2018

 

 

Image may contain: 1 person, close-up

 

 

Latar belakang

Puan Nurul Zahida merupakan seorang surirumah dan hanya berniaga online sambilan. Kerana minatnya dengan kecantikan, beliau telah mencuba nasib dalam mengukir inai pada tangan keluarga dan menjual pelbagai jenis inai. Atas inisiatif sendiri beserta keluarga, beliau telah menghadiri kelas ukiran inai untuk mendapatkan kepakaran yang lebih supaya ukiran kemas dan untuk mengasah bakat yang ada. Setelah itu, Puan Nurul Zahida menggunakan modalnya sendiri atas jualan secara online sebelum ini untuk membuka tempahan ukiran inai. Melalui usaha tersebut, Puan Nurul Zahida telah dikenali sebagai Pengukir Inai yang terkenal di daerah Besut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nurul Zahida mengakui tidak memiliki sebarang ilmu tentang tentang ukiran inai. Namun sebagai peniaga online dan minat beliau terhadap ukiran inai, beliau menjadikan Youtube sebagai sumber untuk belajar secara asas sebelum memasuki kelas berbayar untuk mengasah bakat. Setelah itu, beliau hanya memperkenalkan bakatnya kepada orang sekeliling.

Pendapatan yang diperolehi sebelum mula belajar mempromosikan di laman sosial tidak begitu lumayan iaitu hanya seramai 10 tempahan dalam sebulan dengan pendapatan sebanyak RM 800 ke RM1500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Puan Nurul Zahida  mulai belajar untuk menggunakan YouTube sebagai cara mempromosikan dan memasarkan bakat beliau selain belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 1500 ke RM 5000.

 

                       Image may contain: one or more people                 Image may contain: outdoor