Nama Muhamad Hamizan Bin Mahadi
Umur 25 Tahun
Ahli 2020

 

 

Image may contain: 1 person, smiling

 

 

Latar belakang

          Muhamad Hamizan Bin Mahadi merupakan seorang usahawan automotif berkaitan “aircond” dan masih bujang. Oleh kerana beliau sudah tidak mempunyai minat untuk meneruskan pembelajaran setelah STPM, beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja. Namun, pada awalnya setelah beliau telah ke sebuah IPTS di Johor tetapi berhenti dan pulang ke kampong. Awal tahun 2015, Muhamad Hamizan Bin Mahadi ke Psir Puteh untuk membantu bapa saudaranya mengusahakan perniagaan dalam bidang automotif. Beliau yang pada asalnya tiada kemahiran langsung di dalam bidang tersebut telah memperolehi sedikit kemahiran. Awal tahun 2016, seorang kawan beliau mengajak beliau untuk memulakan bisnes automotif bidang aircond secara persendirian. Muhamad Hamizan Bin Mahadi telah menerima usaha tersebut dan membuka bengkelnya sendiri. Bermodalkan duit sendiri dan ahli keluarga dengan hanya RM5,000 beliau membeli peralatan untuk membaiki. Kedai beliau dinamakan “Pok Jea Aircond” dan terletak di bandar Jerteh. Bengkelnya telah mendapt perhatian dari pelanggan yang berdekatan iaitu Besut dan Setiu selain pernah mendapat tempahan dari pelanggan luar negeri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada orang dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 1500 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Muhamad Hamizan Bin Mahadi menggunakan media sosial sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook dan Instagram juga merupakan salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai automotif melalui sumber youtube dan google.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 2000 – RM 4500

 

WhatsApp Image 2020 03 25 at 11.53.56 AM         Image may contain: one or more people        WhatsApp Image 2020 03 25 at 11.53.56 AM 1