Nama Nur Nadhima Batrisya Binti Mohd Hafizzie
Umur 10 Tahun
Ahli 2015

 

 

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

 

 

Latar belakang

Nur Nadhima Batrisya Binti Mohd Hafizzie merupakan pelajar sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, berusia 10 tahun. Nur Nadhima Batrisya Binti Mohd Hafizzie merupakan anak pertama dan mempunyai adik kembar sepasang lelaki dan perempuan yang kini berumur 7 tahun. Dilahirkan di Hospital Besar Jerteh dan  dibesarkan di Kg Amer, Besut, Terengganu. Bapanya Mohd Hafizzie Bin Ab Rahman merupakan seorang kontraktor kecilan manakala ibunya Wan Noor Najmiah Bt Wan Ab Majid bekerja sebagai petugas di Pusat Internet. Nur Nadhima Batrisya merupakan seorang yang pemalu serta aktif di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Beliau juga sentiasa ingin mengetahui serta menerokai ilmu perkomputeran dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam melayari internet dan bermain game secara online. Nur Nadhima Batrisya sering menghabiskan masa terluang dengan membaca dan mengajar adik-adik dalam pelajaran juga permainan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Nur Nadhima Batrisya tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya. Namun dengan keberanian dan sentiasa bertanya tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun Nur Nadhima Batrisya tidak kerap mengunjungi Pusat Internet namun ia bukan salah satu penyebab Nur Nadhima Batrisya untuk tidak cepat mahir serta cekap. Nur Nadhima Batrisya sangat berminat mempelajari ilmu berkaitan dunia teknologi maklumat, boleh dikatakan setiap hujung minggu, dia akan cuba ke Pusat Internet Jabi untuk mencari maklumat tugasan sekolah dan memahirkan lagi diri dengan dunia teknologi maklumat. Sentiasa bertanya kepada petugas Pusat Internet berkenaan teknologi maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Nur Nadhima Batrisya mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT. Nur Nadhima Batrisya banyak menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Nur Nadhima Batrisya menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Nur Nadhima Batrisya seorang pelajar yang minat dalam matapelajaran Sains, dia menonton video-video berkaitan dan mengaplikasikannya.

 

LTBH0379        activity icon