Nama Shamsuria Binti Ramli
Umur 46 Tahun
Ahli 2020

 

 

 

Latar belakang

Shamsuria Binti Ramli merupakan anak jati Kampung Jabi, mempunyai 4 orang anak dan suami usahawan kecilan pertanian. Berusia 46 tahun, datang dari keluarga peniaga. Orang tua Pn.Shamsuria terkenal dengan resepi sate turun-temurun. Beliau mengambil peluang itu, belajar resepi masakan dari ibubapa dan berjinak membuka kedai sate. Alhamdulillah, berkat usahanya kedai yang dibuka kini dikenali ramai dan mempunyai pelanggan tersendiri. Bermodalkan RM 5000.00, dia membuka Kedai Sate Suria. Kini, usia perniagaannya hampir 6 tahun beroperasi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada komuniti sekitar. Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 3,000 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Shamsuria Binti Ramli menggunakan media sosial sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook dan Instagram juga merupakan salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 8,000 – RM 10,000