Nama  Atikah Binti Pe Ramli
Umur  35 Tahun
Ahli  2019

 

 

photo 2020 07 23 12 02 37

 

Latar belakang

Atikah Bt Pe Ramli merupakan seorang guru KAFA untuk sekolah kebangsaan dan juga merupakan Usahawan Bundle Cadar, Selimut dan Toto. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini berusia 35 tahun. Suami seorang angkatan tentera darat.  Walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap namun minatnya daam bidang perniagaan berkobar-kobar.. Beliau yang pada asalnya tiada kemahiran langsung di dalam bidang jualan, namun kerana minat dia berusaha belajar selok-belok bidang perniagaan. Dan berkat usahanya, kini produk jualannya dikenali dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Bermodalkan RM 300.00, dia mencari bundle cadar, selimut dan toto. Pelanggan Atikah Bt Pe Ramli dating dari serata tempat dan Atikah membuat jualan secara langsung dan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan harian / bulanan tidak menentu, jualan secara langsung kepada orang dan kenalan terdekat.

Anggaran pendapatan sebulan yang akan diperolehi lebih kurang RM 1500 dan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan dan cara meningkatkan pendapatan di Pusat Internet, Atikah Bt Pe Ramli menggunakan media sosial sebagai tempat mempromosikan jualannya. Selain menggunakan saluran wassap, facebook dan Instagram juga merupakan salah satu tempat saluran untuk membuat promosi perniagaan yang dijalankan. Beliau juga menghadiri kursus keusahawan serta mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok perniagaan melalui sumber youtube dan google.

Pendapatan sebulan yang diperolehi oleh beliau RM 2000 – RM 4000

 

11