Nama Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri
Umur 6 Tahun
Ahli 2020

 

 

WhatsApp Image 2020 07 22 at 1.13.53 PM 1

 

Latar belakang

Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri merupakan pelajar tabika kemas Kg Bintang, berusia 6 tahun. Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri merupakan anak ketiga dan mempunyai empat orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Setiu dan  dibesarkan di Kg Bukit Grebar, Setiu, Terengganu. Bapanya Mohd Nazri Bin Abd Manaf merupakan seorang tentera darat yang mana bertugas di Kem Kok Lanas, Kelantan manakala ibunya Atikah Binti Pe Ramli merupakan seorang guru kafa di Sekolah Kebangsaan Guntung Dalam. Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri merupakan seorang yang kanak-kanak yang aktif serta berdaya saing di sekolah dalam pembelajaran dan sukan. Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri sejenis kanak-kanak yang sentiasa ingin mengetahui serta mendalami ilmu pelayaran online dengan lebih mendalam kerana beliau sangat berminat dalam menonton aplikasi Youtube dan bermain game secara online. Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri sering menghabiskan masa terluang dengan menonton television, bermain bersama adik beradik dan rakan-rakan serta dan membaca buku cerita.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Muhammad Din Arrafeeq Bin Mohd Nazri tidak tahu cara menggunakan komputer dan fungsinya kerana beliau hanya biasa menggunakan telefon untuk melayari internet. Namun dengan keberanian dan sentiasa ingin mengetahui tentang ilmu ict dan perkomputeran, kini dia mahir dalam penggunaan telefon dan internet namun masih belum menguasai penggunaan komputer. Muhammad Din Arrafeeq tidak kerap mengunjungi Pusat Internet kerana beliau sentiasa di bawah pantauan ibu bapa. Muhammad Din Arrafeeq sangat berminat menerokai ilmu berkaitan teknologi maklumat. Dan beliau hanya menggunakan telefon untuk menerokaiilmu tersebut sebelum penglibatan dalam pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan penglibatan program yang dijalankan oleh Pusat Internet, Muhammad Din Arrafeeq mahir serta cekap dalam dunia IT dan ICT menggunakan komputer. Muhammad Din Arrafeeq sering menghabiskan masa lapangnya dengan menerokai dunia perkomputeran melalui pemantauan petugas Pusat Internet. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas Pusat Internet yang merupakan ibu saudara beliau untuk membantunya dalam mempelajari bidang ict. Oleh kerana sikap ingin tahu dalam menuntut ilmu membolehkan Muhammad Din Arrafeeq menggunakan kemahiran yang ada dalam ilmu ICT untuk diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah seperti membantunya dalam mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan kerja kursus, mencari soalan ujian dan sebagainya. Oleh kerana Muhammad Din Arrafeeq seorang pelajar yang minat dalam sukan dan kereta, dia menonton video-video berkaitan dan mengaplikasikannya.

 

WhatsApp Image 2020 07 22 at 1.13.53 PM