E-SISA

Terma E-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEF) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.

E-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk kepada semua jenis yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit,telefon pintar,tablet,phablet termasuk pengecas & aksesori.

E-Sisa Mudah Alih kini menerima peralatan ICT lama & yang tidak digunakan seperti komputer riba,modem,powerbank & banyak lagi.

33

 

 

TAHUKAH ANDA??

 

Peranti mudah alih perlu dilupuskan secra sempurna apabila tidak lagi digunakan. Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi dan mengandungi komponen bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan mencemarkan persekitaran.

Menerusi proses kitar semula yang betul, 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh dipulihkan semula.

Pi1M Kg Jabi merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan sisa ini. Jadi, tunggu apa lagi...Jom selamatkan bumi dengan kitar semula.